Welcome! Have A nice Day ~_^

Wednesday, November 9, 2011

Kenangan Di Zaman Rasulullah S.W.A

Assalamualaikum, selamat pagi semua.. 

Entri kali ni CD nak kongsikan kisah tauladan untuk kita semua, tak nak cakap banyak lagi, jom hayati bersama.. ^^

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke alam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. "

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikuti orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi
babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Dizaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu. Apabila mereka coba

untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya
1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Jika tidak keberatan, forwardlah cerita ini kepada teman-teman bagaimanapun caranya. Kerana sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu akan abadi jika diamalkan dan sesungguhnya yang mengamalkannya itu tidak akan pernah kekurangan ilmu..



p/s: dalam sehari kita boleh mengadap laptop sampai berjam-jam, nak mengadap Allah  5 waktu, tak sampai 10 minit pon setiap 1.. tak kan x boleh kot??



okeh rojer n out!! bye2^_^


Wednesday, November 2, 2011

DEFINISI "TAGHUT"

Assalamualaikum, salam sejahtera semua... CD harap semua dalam gembira dan ceria!=)

Kadang-kadang terfikir dibenak hati, "Ya Allah! beruntung sangat aku dilahirkan dalam keluarga ISLAM, andainya aku dilahirkan denga keluarga yang beragama terpesong dari landasanMu, belum tentu sekarang aku dapat menikmati kemanisan islam, belum tentu sekarang aku beriman kepada Allah yang Esa. Sesungguhnya Nikmat yang paling tinggi itu adalah nikmat IMAN dan ISLAM."

ok berbalik kepada tajuk entri CD pada kali ni, CD nak kongsi sikit tentang apa itu TAGHUT. Kalau tak salah pertama kali CD mendengar perkataan Taghut ni semasa CD di tingkatan 3. (kalau x salah la) ok td berlaku  dialog antara CD dengan adik "we cik maksud taghut amalan yang menyesatkan kan?" na! dari situ la CD pon teringat, "emmm lama x dengaq perkataan tu, ha betui la 2, taghut 2 macam menyembah selain Allah la..."  ok, tapi jawapan yang CD cakap kat adik CD tu memang la tak lengkap kan... jawab malas-malas ja tu. Jadi untuk itu, CD nak mnerangkan dengan lebih lanjut sedikit sebanyak tentang TAGHUT ni.. jadi apa tunggu lagi?? jom teruskan baca kat bawah ni.. ~_^

Menjauhi Amalan Taghut

Taghut ialah syaitan, berhala, atau sesuatu yang disembah selain Allah S.W.T atau amalan yang menyesatkan. Taghut juga bermaksud orang yang mengingkari dan menentang huku yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Islam mengharamkan amalan Taghut kerana memberi kesan buruk kepada individu dan masyarakat. Antara yang CD dapat nyatakan disini ialah:

a) Jauh daripada rahmat Allah.
b) Seseorang terdedah untuk melakukan perbuatan maksiat.
c) Dosa tidak diampun oleh Allah S.W.T kerana Taghut termasuk dalam perkara syirik.
d) Perbuatan jenayah berleluasa di dalam masyarakat.
e) Dibenci oleh masyarakat dan dimurkai oleh Allah S.W.T.
f) Memporak-perandakan dan memecahbelahkan masyarakat.

Terdapat beberapa cara menjauhi amalan Taghut. Contohnya:

a) Setiap orang islam hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu keagamaan yang sempurna.
b) Sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam.
c) Sentiasa tolong menolong kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
d) Berusaha mengeratkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan.





Islam Bukan Agama Paksaan 

Tetapi kita juga harus ingat, Islam melarang umatnya memaksa orang lain memeluk islam antara sebab-sebabnya ialah paksaan bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, iman orang yang dipaksa mudah cair. Ia juga bagi mengelakkan prasangka orang lain terhadap islam. Dan Islam mementingkan keikhlasan dalam setiap amalan.Selain itu juga, paksaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan pergaduhan.


okeh sampai disini dulu perkongsian CD untuk kali ini. Maa'ssalamah!



okeh, rojer n out!! bye2..^_^ 

Tuesday, November 1, 2011

Tujuan Allah S.W.T Menguji Manusia

Assalamualaikum..


apa khabar semua hari ni??? harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. ^^
Emmm.. dimalam yang indah ni, tetiba CD rasa nak bercerita tentang ujian Allah kepada setiap hambanya.
ok semua orang mesti tidak lari dengan masalah dan ujian dalam hidup kan. jadi yang pentingnya macam mana cara kita nak menerima sesuatu masalah atau ujian tu dengan baik tanpa menimbulkan stress, putus asa, dan ada kalanya sehingga membawa kepada patah hati.


Ingat! setiap ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambanya sudah tentu ada tujuan dan hikmah disebaliknya. ok disini CD nak kongsi serba sedikit mengenai tujuan Allah menguji manusia, cara menghadapi ujianNya, dan hikmah setiap ujian yang diberikan. jom sama-sama kita renungkan.. =)




Tujuan Allah Menguji Manusia


1) Allah S.W.T menguji manusia dengan berbagai-bagai cara untuk mengetahui sejauh mana kesabaran, keimanan, dan pengorbanan seseorang terhadapNya.

2) Antara  tujuan  tersebut diturunkan oleh Allah ialah:

    a. Untuk menguji tingkat ketaatan dan kepatuhan dikalangan hamba-hambanya.

    b. Untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang yang ditimpa kesusahan dan penderitaan.

    c. Untuk menguji sejauh mana hamba-hambaNya mensyukuri nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya.

    d. Untuk menggalakkan manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan amal soleh.



Cara Menghadapi Ujian Allah S.W.T


1)  Sabar  ketika menghadapi ujian dan bertawakal kepadaNya.

2) Tidak berputus asa, sebaliknya terus meningkatkan usaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh.

3) Sentiasa bersyukur dengan nikmat kernuiaan Allah, dengan menggunakannya kejalan yang diredhaiNya.

4) Orang yang ditimpa musibah, dituntut supaya mengucapkan, "innalillahi wainna ilaihi raajiuun".




Hikmah Ujian Allah S.WT


1) Dapat  membentuk jiwa  yang lebih mantap dalam diri seseorang.

2) Dapat  meningkatkan keimanan  dan ketakwaan seseorang kepada Allah S.W.T.

3) Dapat mendorong seseorang  mengkaji segala kesilapan yang telah dilakukan.

4) Supaya umat islam lebih berhati-hati dalam sebarag tindakan dan perbuatan agar tidak melanggar                hukum-hukum Allah S.W.T.



Seperti yang kita semua tahu, Allah akan memberikan ujian mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Dan
 dengan ujian yang diberikan kepada kita, itu menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Mungkin jika kita hanya berada didalam keadaan mewah dan selesa tanpa sebarang masalah, kita mudah lupa dan jauh dariNya.


Dengan ini, segala ujian yang kita hadapi akan membuatkan kita sentiasa ingat kepadaNya bahawa Dialah yang Maha Kuasa atas segala-gala di alam semesta ini. Jesteru, kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk lebih beriman kepadaNya.


Jadi macam mana semua?? lepas ni sama-samalah kita menghadapi segala masalah ke, ujian ke, dugaan ke, cobaan ke , (dan sewaktu dengannya lah ^^') dengan hati yang tenang dan sentiasa bersabar serta berfikiran positif.



Ingat! kalau Allah bagi ujian,, itu tanda Allah SAYANG kita..=)









okeh! rojer n out.. bye2.. ^_^

Sunday, October 30, 2011

Solat Boleh Tinggal Tak???

Assakamualaikum, ok hari ni CD nak kongsikan tentang betapa pentingnya solat terhadap setiap manusia, khususnya umat islam. Seperti yang kita sendiri tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s. Jom kita sama-sama ambik iktibar daripada kisah ini.. =)



AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
------------------------------------------------

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Sumber: SINI


okeh rojer n out!!! bye2.. =)

Monday, October 17, 2011

Petua Imam Syafi'e....



Petua Imam Syafi'e....
Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama

4 cara tidur...
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. * Kalau ada kesudian ..

Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



okeh rojer n out! bye2..^_^

Mana Mak!!???

 kisah yang memberi kesedaran dan peringatan terhadap semua orang yang bergelar "anak". Jadi chahaya harap kita sama2 menghayati dan megambil pengajaran daripada kisah ini.. =) (sape2 yg hatinya mudah tersentuh 2,, sediakanlah tisu siap2 ek..)


Mana Mak?'

Jam 6.30 petang....

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.



okeh rojer n out!! bye2..^_^

Wednesday, March 9, 2011

Chicken a la Carte

...... a very good reminder untuk semua yang terkadang sibuk dalam hidup merintih segala kesusahan yang dihadapi hingga melupakan orang lain yang lebih hebat cabarannya even hanya untuk survive!!!.. jadi renung2kanlah... kalau kita susah, ada yang lebih susah dari kita...




boleh tunjukkan kat anak2 or kawan2 k.. :)

okeh rojer n out! bye2..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...