Welcome! Have A nice Day ~_^

Saturday, November 12, 2011

Malu?? ek eleh... buat apa malu??


Assalamualaikum semua, Ni hao ma??  Jin tian kuai le ma??

Hope semua dalam keadaan sihat dan happy2 hendaknya ^^,

Dan!!! Berada dalam keadaan malu-malu ek..





Apapun pembaca semua, perlu ke sifat malu ini? Mesti ke ada pada anda, pada mereka dan pada saya ini sebagai seorang manusia di zaman yang dah berkembang maju lagi serba moden ni?



Ok nak cemerlang, nak ke depan, nak maju, mana boleh malu. Kalau malu tak dapatlah semua yang kita hendak. Ye dak? Justeru, apa perlunya malu?



Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”



Nah, anda nampak? Betapa pentingnya sifat malu ini. Ya, kita perlu sebenarnya kepada sifat malu. Tanpa malu, segala macam boleh berlaku. Hampir semua gejala sosial yang galak berleluasa ketika ini adalah lantaran tiadanya rasa malu di kalangan si pelaku.


Justeru, jangan kata orang itu malu, jadi dia tak boleh maju.  


“Eleh, hang ni pemalu sangat. Sampai ke tualah hang tak kahwin.” Biasa kan dengar orang cakap macam tu?.


Mereka itu bukannya tak laku, cuma belum lagi ditemukan seseorang yang terbaik buat dirinya. Siapa tahu, sekali dapat putera raja. Siapa tahu. Siapa sangka sekali dipinang, terus kekal ke akhir hayat, bercucu-cicit lagi. Yang awal-awal dah dipinang, yang hingus masih meleleh, nak juga kahwin tu, belum tentu lagi macam itu. Belum pasti kekal ke akhirnya. Semua itu kuasa Allah.


Jadi, hidup ini terlalu sukar kalau kita nak bahaskan. Yang penting kita perlu kembali kepada motif dan tujuan utama kita dihidupkan. Malu perlu ada.


 
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.

Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)



Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:


“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”



Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.



Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.



Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.


Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.



Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. 



Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.



Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.



Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.



Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita khususnya menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.



Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.



Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:



“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)



Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang. Malah, memelihara seseorang itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur.


Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.



Jagalah diri anda dan hiasinya dengan kuntuman akhlak yang baik dan perkara yang digariskan oleh Islam...InsyaAllah hidup selamat di dunia dan di akhirat...


orang yang nipis imannya mungkin hanya malu sesama manusia, tetapi bagi orang yang tebal imannya, mereka bukan sahaja malu sesama manusia, yang paling utama malu kepada Allah swt dan takut kepada azabnya.




p/s: nanti jangan duk malu sangat pulak, malu bertempat la kan.. XD




 
Okeh rojer N out!!! bye2 ^_^
 



Friday, November 11, 2011

Kamus Bahasa Generasi Cyber


Assalamualaikum semua.. wink2 ~_^




Dasawarsa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak kita telah dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah dipersada dunia. Dengan ini generasi zaman sekrang juga, sudah maju sehinggakan dapat mencipta ejaan-ejaan yang unik lagi kreatif. 


Oppsss.. sat2.. unik ke?? Kreatif ke?? Tak tau la nak kata.. jom tengok,baca dan nilai sendiri.


Kamus bahasa budak-budak zaman cyber ni :

aku = aq, ak, axu
saya  = saia
sayang = cayunk, tayunk
tak = ta
sweet = cweet
la = lhaa
thank = thanx
nak = nax, nx
ramai = rmay        
tau = taw
mau = maw
kamu = kamoo
adik = adeq, adex
hang = anx, unk
dia = dea
orang = owg
marah = maah
ingat = engat
buat = buad, buard, wat
sekali = skax
sekarang = skang, skunk
la = lew
apa = apew
pun = pown


contoh ejaan dan ayat perbualan :

“tah mne akoe tao, bape oanx yunk nk g gux? Axu xmao ekowt kot. Unx g lew, xyah cbuk na akoe ikowt.” (bebelit lidah dan organ-organ dalaman nak menyebutnya) 


Semua pun dah tau kan, kat facebook tu tengah hangat dengan perbualan yang menggunakan ejaan macam ni.
dan ada banyak lagi sebenarnya perkataan yang diubah ejaannya sampai kadang2 kena baca dua tiga kali baru la faham. 


Pengalaman CD sendiri sms dengan kawan CD, dan tiba2 dia Tanya, “hang x p skax ka?” 

lepas tu CD tak faham la.. “skax”??? Skax apa hang ni? 

Pas tu dia cakap, “skali” la… adui..” 

“Ooo.. sekali rupanya.. sori2 aku ingat apa tadi..” 


Bukan tak boleh nak buat short form, tapi jangan la sampai over sangat. Yang mana 'k' guna 'x' yg mana r jadi 'w' 'u' pon jadi w jugak.. mai mana semua ni? Apa akan jadi dengan bahasa melayu untuk masa akan datang?


entah macam mana lah budak-budak zaman sekarang ni dapat wording macam ni kan...?? 


Bahasa Jiwa Bangsa, Maju Bahasa Majulah Bangsa.



p/s : hanya sekadar memberi pandangan.Dah banyak orang cakap tentang perkara ni.

Ayaq Mineral pon ada cakap tentang ni. ~_^




Okeh Rojer n Out. Bye2^_^

Thursday, November 10, 2011

Fikiran kena "culik"???

Assalamualaikum, salam sejahtera..


siapa kat sini yang "fikiran" die pernah kene culik?? sape pernah, kenyit mata cepat ~_^
eh fikiran boleh kene culik ke??? jawapannye yes boleh! hehe xde la.. gurau je...


Fikiran bukan macam manusia kan? manusia boleh la diculik, tapi fikiran tidak boleh diculik. Yang bolehnya, fikiran itu hilang. Ala.. yang kita duk panggil 'hilang fikiran', 'fikiran buntu', 'kusut fikiran','lupa', 'sewel', 'nyanyuk' dan sebagainya.


Ini menunjukkan permasalahan yang berkaitan fikiran adalah masalah lazim yang dihadapi oleh manusia, dalam berbagai-bagai peringkat umur ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. cewahh.. hehe..


Kita perlu ingat bukan sahaja kita orang biasa yang lupa. Hatta di kalangan kita yang menghafaz Al-quran, dan hadis2 nabi dan Rasul2 Allah pun ada yang lupa.


CD ada ingat satu firman Allah dalam Al-Quran, mengenai kisah Nabi Musa a.s dengan pembantunya, (mafhumnya): "maka apabila mereka berdua (Musa dan pembantunya) sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mreka, lalu ikan itu menggelungsur menempuh jalannya di laut,yang merupakan lorong di bawah tanah"

(sori, CD tak ingat surah dan ayat keberapa.) jadi maksudnya Nabi Musa juga terlupa atau terhilang daripada ingatannya akan perkara tersebut.


lepas tu, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud: "manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan lupa"


Jadi itulah sifat manusia, ia ada fikiran, ada ingatan tapi kadang2 kita lupa kan??. (sape kate dia tak pernah lupa tu bohong sangat lah^^') Dan lupa ni ada banyak peringkat tau, ada lupa biasa, lupa  yang Agak serius, lupa yang Sangat serius.. haaa.... macam2 kan?


Tapi selalunya kita terlupa kecil-kecilan je la..   lupa maklumat2 yang mudah, lupa pesanan orang, itu adalah lupa yang biasa. rilek2 jangan takut sangat.. ^^


Tetapi, yang CD tahu, kalau lupa sampai hilang seluruh ingatan, ia adalah penyakit. cepat2 la cari orang yang bertauliah untuk mengubati penyakit tu ek.. --,!


Jadi yang nak diberitahu kat sini sebenarnya, kita hendaklah sentiasa beristighfar ke hadrat Allah S.W.T, banyakan berselawat ke atas nabi, dan mohonlah supaya kita dihindari daripada termasuk dalam golongan2 yang lupa.


khasnya! jangan la sampai kita lupa kepada Allah S.W.T kan?? ish2 nauzubillah....




ok sebenarnya CD duk cari benda alah ni >>>



Ya Allah kat mana la aku letak pendrive aku nih!!!! tadi macam nampak tapi  kat mana??!

Astagfirullah.. tak elok marah2 CD ok rilek cuba ingat balik betui2.. T_T fikiran saya kene culik.. tolong2!...


p/s : ingatlah, kita milik Allah, dan kepada Allah jua kita akan kembali.




okeh rojer n out!! bye2 ^_^

Wednesday, November 9, 2011

Kenangan Di Zaman Rasulullah S.W.A

Assalamualaikum, selamat pagi semua.. 

Entri kali ni CD nak kongsikan kisah tauladan untuk kita semua, tak nak cakap banyak lagi, jom hayati bersama.. ^^

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke alam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. "

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikuti orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi
babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Dizaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu. Apabila mereka coba

untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya
1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Jika tidak keberatan, forwardlah cerita ini kepada teman-teman bagaimanapun caranya. Kerana sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu akan abadi jika diamalkan dan sesungguhnya yang mengamalkannya itu tidak akan pernah kekurangan ilmu..



p/s: dalam sehari kita boleh mengadap laptop sampai berjam-jam, nak mengadap Allah  5 waktu, tak sampai 10 minit pon setiap 1.. tak kan x boleh kot??



okeh rojer n out!! bye2^_^


Wednesday, November 2, 2011

DEFINISI "TAGHUT"

Assalamualaikum, salam sejahtera semua... CD harap semua dalam gembira dan ceria!=)

Kadang-kadang terfikir dibenak hati, "Ya Allah! beruntung sangat aku dilahirkan dalam keluarga ISLAM, andainya aku dilahirkan denga keluarga yang beragama terpesong dari landasanMu, belum tentu sekarang aku dapat menikmati kemanisan islam, belum tentu sekarang aku beriman kepada Allah yang Esa. Sesungguhnya Nikmat yang paling tinggi itu adalah nikmat IMAN dan ISLAM."

ok berbalik kepada tajuk entri CD pada kali ni, CD nak kongsi sikit tentang apa itu TAGHUT. Kalau tak salah pertama kali CD mendengar perkataan Taghut ni semasa CD di tingkatan 3. (kalau x salah la) ok td berlaku  dialog antara CD dengan adik "we cik maksud taghut amalan yang menyesatkan kan?" na! dari situ la CD pon teringat, "emmm lama x dengaq perkataan tu, ha betui la 2, taghut 2 macam menyembah selain Allah la..."  ok, tapi jawapan yang CD cakap kat adik CD tu memang la tak lengkap kan... jawab malas-malas ja tu. Jadi untuk itu, CD nak mnerangkan dengan lebih lanjut sedikit sebanyak tentang TAGHUT ni.. jadi apa tunggu lagi?? jom teruskan baca kat bawah ni.. ~_^

Menjauhi Amalan Taghut

Taghut ialah syaitan, berhala, atau sesuatu yang disembah selain Allah S.W.T atau amalan yang menyesatkan. Taghut juga bermaksud orang yang mengingkari dan menentang huku yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Islam mengharamkan amalan Taghut kerana memberi kesan buruk kepada individu dan masyarakat. Antara yang CD dapat nyatakan disini ialah:

a) Jauh daripada rahmat Allah.
b) Seseorang terdedah untuk melakukan perbuatan maksiat.
c) Dosa tidak diampun oleh Allah S.W.T kerana Taghut termasuk dalam perkara syirik.
d) Perbuatan jenayah berleluasa di dalam masyarakat.
e) Dibenci oleh masyarakat dan dimurkai oleh Allah S.W.T.
f) Memporak-perandakan dan memecahbelahkan masyarakat.

Terdapat beberapa cara menjauhi amalan Taghut. Contohnya:

a) Setiap orang islam hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu keagamaan yang sempurna.
b) Sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam.
c) Sentiasa tolong menolong kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
d) Berusaha mengeratkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan.





Islam Bukan Agama Paksaan 

Tetapi kita juga harus ingat, Islam melarang umatnya memaksa orang lain memeluk islam antara sebab-sebabnya ialah paksaan bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, iman orang yang dipaksa mudah cair. Ia juga bagi mengelakkan prasangka orang lain terhadap islam. Dan Islam mementingkan keikhlasan dalam setiap amalan.Selain itu juga, paksaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan pergaduhan.


okeh sampai disini dulu perkongsian CD untuk kali ini. Maa'ssalamah!



okeh, rojer n out!! bye2..^_^ 

Tuesday, November 1, 2011

Tujuan Allah S.W.T Menguji Manusia

Assalamualaikum..


apa khabar semua hari ni??? harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. ^^
Emmm.. dimalam yang indah ni, tetiba CD rasa nak bercerita tentang ujian Allah kepada setiap hambanya.
ok semua orang mesti tidak lari dengan masalah dan ujian dalam hidup kan. jadi yang pentingnya macam mana cara kita nak menerima sesuatu masalah atau ujian tu dengan baik tanpa menimbulkan stress, putus asa, dan ada kalanya sehingga membawa kepada patah hati.


Ingat! setiap ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambanya sudah tentu ada tujuan dan hikmah disebaliknya. ok disini CD nak kongsi serba sedikit mengenai tujuan Allah menguji manusia, cara menghadapi ujianNya, dan hikmah setiap ujian yang diberikan. jom sama-sama kita renungkan.. =)




Tujuan Allah Menguji Manusia


1) Allah S.W.T menguji manusia dengan berbagai-bagai cara untuk mengetahui sejauh mana kesabaran, keimanan, dan pengorbanan seseorang terhadapNya.

2) Antara  tujuan  tersebut diturunkan oleh Allah ialah:

    a. Untuk menguji tingkat ketaatan dan kepatuhan dikalangan hamba-hambanya.

    b. Untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang yang ditimpa kesusahan dan penderitaan.

    c. Untuk menguji sejauh mana hamba-hambaNya mensyukuri nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya.

    d. Untuk menggalakkan manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan amal soleh.



Cara Menghadapi Ujian Allah S.W.T


1)  Sabar  ketika menghadapi ujian dan bertawakal kepadaNya.

2) Tidak berputus asa, sebaliknya terus meningkatkan usaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh.

3) Sentiasa bersyukur dengan nikmat kernuiaan Allah, dengan menggunakannya kejalan yang diredhaiNya.

4) Orang yang ditimpa musibah, dituntut supaya mengucapkan, "innalillahi wainna ilaihi raajiuun".




Hikmah Ujian Allah S.WT


1) Dapat  membentuk jiwa  yang lebih mantap dalam diri seseorang.

2) Dapat  meningkatkan keimanan  dan ketakwaan seseorang kepada Allah S.W.T.

3) Dapat mendorong seseorang  mengkaji segala kesilapan yang telah dilakukan.

4) Supaya umat islam lebih berhati-hati dalam sebarag tindakan dan perbuatan agar tidak melanggar                hukum-hukum Allah S.W.T.



Seperti yang kita semua tahu, Allah akan memberikan ujian mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Dan
 dengan ujian yang diberikan kepada kita, itu menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Mungkin jika kita hanya berada didalam keadaan mewah dan selesa tanpa sebarang masalah, kita mudah lupa dan jauh dariNya.


Dengan ini, segala ujian yang kita hadapi akan membuatkan kita sentiasa ingat kepadaNya bahawa Dialah yang Maha Kuasa atas segala-gala di alam semesta ini. Jesteru, kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk lebih beriman kepadaNya.


Jadi macam mana semua?? lepas ni sama-samalah kita menghadapi segala masalah ke, ujian ke, dugaan ke, cobaan ke , (dan sewaktu dengannya lah ^^') dengan hati yang tenang dan sentiasa bersabar serta berfikiran positif.



Ingat! kalau Allah bagi ujian,, itu tanda Allah SAYANG kita..=)









okeh! rojer n out.. bye2.. ^_^

Sunday, October 30, 2011

Solat Boleh Tinggal Tak???

Assakamualaikum, ok hari ni CD nak kongsikan tentang betapa pentingnya solat terhadap setiap manusia, khususnya umat islam. Seperti yang kita sendiri tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s. Jom kita sama-sama ambik iktibar daripada kisah ini.. =)



AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
------------------------------------------------

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Sumber: SINI


okeh rojer n out!!! bye2.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...