Welcome! Have A nice Day ~_^

Thursday, December 27, 2012

Ya Allah Aku Jatuh Cinta



Ya Allah,  aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang

melabuhkan cintanya pada-Mu,

agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu



Ya Allah, aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya agar tidak

melebihi cintaku pada-Mu,



Ya Allah, aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang

yang hatinya tertaut pada-MU,
 agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.



Ya Rabbana, aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak

berpaling dari hati-Mu.



Ya Rabbul Izzati, aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang

merindui syahid di jalan-Mu.






Ya Allah, aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku

merindukan syurga-Mu.



Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat

di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, kau halalkan aku merindui kekasih-mu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku

pada cinta hakiki

dan rindu abadi hanya kepada-Mu.



Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,

telah berjumpa pada taat pada-Mu,

telah bersatu dalam dakwa-Mu,

telah berpadu dalam membela syariat-Mu.



Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.

kekalkanlah cintanya.

Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini

Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.



Lapangkanlah dada-dada kami

dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan

bertawakal di jalan-Mu


* cinta kpd Allah jualah yang hakiki :) 

Sunday, June 3, 2012

Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Assalamualaikum!

apa habaq semua? semoga sihat-sihat selalu :)

Dah baca tajuk kan?

oke,

entri ni Farhan nak ceritakan pengalaman pertama Farhan mengikuti program yang disertai ratusan ribu orang. Sebelum ni ada join jugak program2 macam ceramah semua tu. tapi tak ada la seramai macam ni.

Setiba sahaja Farhan di stadium Darul Aman, terasa menegak bulu roma!

"Subhanallah! ramainya orang!"

Setibanya di Stadium. Ustaz Azhar Idrus sedang memberi kuliah asar. 






Farhan bersama mak dan ayah duduk di stadium tu daripada petang sampailah ke malam. Dapat   berjemaah di dalam stadium adalah satu pengalaman yang baru untuk Farhan. Sebelum ni berjemaah kat masjid ja. Perasaannya Masyaallah!  tak tau ceq nak habaq kat hampa. ;P




Acara kemuncak sebelah malam bermula dengan solat maghrib yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kemudian Tuan Guru Haji Salleh mengimamkan solat sunat hajat.






Tatkala selesai Tuan Guru Mursyidul Am membaca doa, para hadirin sekali lagi berasak-asak keluar stadium. Walaupun berasak-asak namun tetap dapat dilihat kesabaran dalam kalangan mereka. Mereka yang tua, yang OKU dan seumpamanya diberi ruang dan dibantu untuk keluar.





Farhan dengan mak dan ayah terpaksa berjalan lebih satu kilometer untuk sampai ke tempat ayah letak kereta. Penat tapi seronok.!

Dapat juga berkenalan dengan pengunjung daripada pelbagai negeri. Dan paling teruja apabila sempat bertegur sapa dengan non muslim yang sama-sama bersemangat turut serta dalam himpunan hijau ni.. =)

Antara intipati kuliah asar yg disampaikn oleh Ustaz Azhar Idrus  : sebagai pengundi, kita wajib mengundi parti ISLAM sebagai wadah perjuangan utk menegakkan hukum ISLAM di Malaysia... =)


sumber gambar daripada diri sendiri dan FB




Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa:




"Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. "(HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)


*Di bulan Rejab yang penuh barakah ini, jom kita perbanyakkan istighfar kepada Allah, semoga Allah mngampunkn segala dosa2 kita.. InsyaAllah.. =)

sumber dan sumber

Friday, May 18, 2012

Benda yang paling susah nak buat Over Time


Assalamualaikum

Dah solat belum ni? 

hhhmmmmmmmm

waiting

walaupun sesibuk mana kita, on the phone

janganlah sehingga mengabaikan solat.. no talking

haaa dah tu tunggu apa lagi?? 


sapa yang tak solat lagi tu pi la solat cepat!! 

phbbbbt









Smiley Face



*Alhamdulillah.. follower dah 300.. heee ^^



Thursday, May 17, 2012

Bahasa Kerbau


 Assalamualaikum semua ^^


Bahasa Kerbau? 


untuk pengetahuan semua, jangan ingat kerbau tak ada bahasa,  Kerbau ni pun ada bahasa tau. Jadi boleh dikatakan kerbau ni "faham bahasa" lah.. 


Tak percaya? cuba hampa pi tanya kerbau yang berdekatan.. betul tak apa yang Farhan habaq nih... hehe=P


Dulu-dulu kan,,, di kedah, orang kampung yang mengusahakan sawah,  menggunakan kerbau untuk membajak tanah sawah mereka.


Jadi untuk memudahkan kerja membajak tanah, mereka memberikan arahan kepada kerbau di dalam bentuk perkataan. Jadi tu lah bahasa kerbaunya.


Ha'ih = menyuruh kerbau berjalan (WAJIB bunyikan secara agak sengau2 
sikit ok) haha ;p

Chah = menyuruh kerbau ke kanan

Sok = menyuruh kerbau kekiri

Serot/seqot = menyuruh kerbau berundur kebelakang.
                   (oqg kedah cakap suquh gostan la)

Paling Chah = menyuruh kerbau berpaling ke kanan

Paling Sok = menyuruh kerbau berpaling ke kiri

Fiiiiuuuwwweeettt =  menyuruh kerbau berjoget untuk menghiburkan  hati tuannya! (ok mohong!) =.=




Farhan dapat tahu bahasa kerbau ni daripada  penceritaan ayahanda. Ayah sempat untuk merasakan pengalaman "drive kerbau" ni. Best !! macam drive qeta! katanya .. (teringin jugak!) =.=




ihsan gugel


Ayah cakap,  semua bahasa-bahasa tu memang digunakan, dan kerbau-kerbau tu pulak memang faham dan ikut apa yang diarahkan.!


kiranya bahasa tu sebagai "gear" kepada kerbau-kerbau tu lah. kalau tak dak gear tak berjalan la..


"Tapi tu semuanya dulu-dulu... la ni mana ada dah.. hampa semua ni tak dan pun nak tengak semua tu..  Generasi  hampa ni, qebau pun setaun skali kot baqu nak nampak. Dunia dah maju..Zaman dah berubah"


 terang ayahanda penuh semangat!  .. kih3 XD


* ok lepas ni kalau hampa semua terserempak dengan kerbau, nak cuba try test cakap dengan kerbau, sila2 lah.. lepas buat cerita kat sini! ;P



Tuesday, May 15, 2012

Yang Ke-19

Assalamualaikum. wink2 ~_^

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih berada di atas muka bumi Allah ini untuk menambah bekalan yang bakal dibawa pada Hari Pembalasan nanti. !!

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, atas ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat.  

Para Hadirin yang saya hormati sekalian,

Berdirinya saya disini ingin menyampaikan berita gembira, dimana saya kakak ipar saya, baru sahaja selamat melahirkan anaknya kang ke 4.

Ini bermakna baby ini menduduki tangga yang ke 19 sebagai ANAK buah saya.

weeeeeeeee dapat anak baru..



baby boy. 
umur : 2 hari 

Tak dak nama lagi...

hampa ada cadangan nak letak nama apa?? excited cam anak sendiri pulak.. heeeee ;P 


*ada lagi 2 baby tengah tunggu turn! ;P



Sunday, May 13, 2012

Ntah La..

Assalamualaikum!

PBS Kemahiran Hidup Bersepadu.




ni jawab bagi mata pelajaran K.H.B ka nak buat Karangan Bahasa Melayu.. =.=









sejuk perut cikgu mengandung..  =P










Bila dapat yang buat jawapan macam ni. Tetiba rasa tak tahu nak mengarah perasaan nak rasa yang mana satu.

nak Gelakkah
nak Geramkah
nak Marahkah
nak Sedihkah
nak Jerit kah

Ntah La.............

yang pasti kalau budak bertuah ni ada kat depan mata....................... 
tak tau lah apa nasibnya =.=



Kami dah pulang emak buat cucur , mudah saja tambah air . Adun sebati goreng dan sedia . Tepung cucur adabi rasanya . Kami nak lagi , boleh tak cepat ? BOLEHHHHH~ . iye?? Sayang Mak !!

Selamat Hari Emak ;D hikk..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...