Welcome! Have A nice Day ~_^

Friday, April 13, 2012

Life Time Checker

Tadi ada hantu datang rumah CD,
errrr nama hantu tu HANTU JAVASCRIPT.
CD pi la bertandang kat rumah Hantu ni balik.
nak kenal jugak? gi la jenguk-jenguk rumah dia..

Hantu ni bukan sebarang hantu ok.. 
dia ada cipta satu aplikasi yang dinamakan lifetime checker.

Aplikasi ni menggunakan function object date untuk mengira beza tarikh lahir dan tarikh sekarang.

ok sekarang CD nak tanya hampa, 

hampa tau dak hampa dah hidaup lama mana? berapa tahun, berapa bulan, berapa hari, berapa jam, berapa minit, dan berapa saat? haaaa cepat-cepat kira!!





dah3... toksah la hampa susah-susah nak pikiaq.. mesti hampa tak dapat nak jawab semua soalan tu dalam masa satu saat!

jadi, dengan adanya lifetime checker ni, hampa dapat tau berapa lama hampa dah hidup dengan pantas.

contohnya tadi CD dah buat. 

Your life time21 year, 0 month, 0 day...
Equal to21year...
Equal to247month...
Equal to7,657day...
Equal to183,768hour...
Equal to11,026,080min...
Equal to661,564,800sec..



jadi kalau orang yang malas dan lemah mate macam CD ni,,, senang ja la, pi ja tekan-tekan dah dapat jawapan.

Aplikasi ni dicipta khas oleh pemilik blog hantujavascirpt(fadzz) !. harap maklum.

hampa pi la bertandang rumah hantujavascirpt nih.. bawak buah tangan skali kalau rajin.pastu jangan malaih sangat nak tekan button follow ek!

dah sampai, bagi salam, masuk, terus la cuba try test lifetime checker ni.. pastu dpt jawapan meh la share dengan CD. okeh! beriya ja aku nih --,


* syukur ya Allah! 661,564,800 saat dah aku diberi peluang untuk bernafas dibumi yang indah ini. 



okeh rojer n out! bye2 ^_^


Saturday, April 7, 2012

Soalan Cepumas

Assalamualaikum! apa habaq??? 
semoga dalam sihat-sihat la no...


Disuatu malam yang hening, sedang CD tengah menggodek-godek facebook tengak apa-apa yang patut. Tiba-tiba ditegur oleh anak murid (anak murid semasa praktikal). CD tak nak cakap banyak. hampa semua baca la sendiri.






 (gambaq kelabu, hampa tenung la dekat-dekat baru boleh baca. haha)



tu ja pun.. tak da la cepumas sangat pun.. dah biasa dah dengan soalan macam ni.. Cuma cara si Fatin ni memulakan pertanyaan tu, tak sangka pulak dia buat penggabungjalinan antara anak buah dengan jodoh. =.=


*kadang-kadang CD lihat pelajar-pelajar ni lebih risau memikirkan jodoh-jodoh gurunya. =)




okeh rojer n out! bye2 ^_^


 

Thursday, March 15, 2012

Sesuatu...

Assalamualaikum semua, =)

pertama sekali, CD panjatkan kesyukuran kehadrat Allah atas kurnia dan izinNya, sampai hari ini, deberikan keizinan untuk CD terus menggunakan lidah, telinga, mata, tangan, kaki, dan yang paling penting atas kurniaan pinjaman nyawa yang tiada gantinya.

sedang CD rehat di ruang tamu, bertemankan Fathul Iman, (bayi berusia 1bulan) dek tiada orang nak bersembang, maka terpaksalah fathul melayan makcik dia sorang ni,

fathul iman, alololo comenya! fathul,, besaq2 nanti fathul nak jadi apa? nak jadi doktor ka, pilot ka, ka.... nak jadi cikgu macam cik?  hehe,, cepat pilih nak jadi apa..

dengan muka yang tiada apa-apa reaksi, tidak sampai 2 minit, maka fathul pun menjawab la soalan makcik dia tadi....

iaitu......... dengan sebuah TANGISAN yang memberi maksud "cik fathul lapaq! tak dak masa nak jawab soalan hang, fathul kecik lagi! nak susu! "

yela2... sabaq sat fathul,, maka tanpa menungggu lebih lama, CD pun terus ....

"kak!!!!!!!!! anak hang lapaq!! qeyau dah ni!! mai ambik cepat " 

bila dah fathul kembali kepada sisi umminya, CD terpikir nak post entri tentang perkara ni.

baik, kembali kepada tajuk entri CD kali ni, " SESUATU "

dalam perjalanan hidup kita didunia, manusia memerlukan harta dan wang untuk menyelesaikan urusan. begitu juga di akhirat nanti, manusia memerlukan SESUATU untuk mencapai kebebasan dari azab neraka, juga untuk memasuki syurga yang dijanjikan Allah S.W.T.

apa itu SESUATU?

yang dimaksudkan dengan SESUATU ialah    "PAHALA", pahala adalah tanda keredaan Allah. Harapan seseorang untuk mencapai kebahagiaan akhirat dalam syurga, hanya pahala mengatasi dosa.

antara cabang pahala di akhirat kelak, ialah pahala akan menjadi "Nur" (cahaya). Cahaya menjadi sesuatu keperluan manusia di alam barzah dan juga akhirat.

jika manusia terpaksa menyediakan lampu untuk menerangi rumah di malam hari, maka mereka juga mesti berusaha untuk menyediakan cahaya untuk dirinya di akhirat.




solat yang khusyuk dan sempurna adalah antara ibadat yang akan menjadi cahaya bagi mereka di sana kelak.

orang lain tidak mungkin dapat menumpang cahaya daripada nur seseorang yang lain di akhirat. kerana, cerah cahayanya ibarat cerahnya penglihatan seseorang, yang manfaatnya hanya untuk individu berkenaan.

orang buta tidak mungkin matanya dapat menumpang dari cerah penglihatan orang lain.

jadi hampa tak payah duk mengaqut kata hampa boleh tumpang cahaya jiran sebelah time kat akhirat nanti. --!

* kepada mak2 dan ayah2, didiklah anak-anak anda untuk mengenal Allah, Dosa, Pahala, daripada kecil lagi. mudah-mudahan hati mereka akan terus bersih daripada tompok-tompok kegelapan yang menyesatkan.

jalanilah kehidupan seharian dengan keyakinan :  Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah mendengarku. =)





okeh! rojer n out! bye2 ^_^

 

Tuesday, December 6, 2011

Susah, Senang Ingat Allah SWT

Assalamualaikum semua http://www.emocutez.com


Nabi S.A.W bersabda menjelaskan bahawa amalan yang terbaik sekali ialah orang yang mati keadaan lidahnya masih basah dengan menyebut nama Allah S.W.T.

Ertinya, zikrullah semasa hayatnya hingga berada di ambang ajalnya. Janganlah hanya semasa atau selepas solat berwirid ikrullah dengan rancak, tetapi aktiviti kehidupan selepas itu tiada bezanya antara halal dan haram.

Orang berikrullah waktu senang atau susah, waktu sihat atau sakit, hampir ajal pun lidah basah menyebut nama Allah S.W.T. Siapa yang mampu beramal begitu, bererti beramal dengan amalan yang paling afdal.  

Insan diambang maut tidak mudah menyebut nama Allah S.W.T kacuali membiasakan zikrullah ketika dirinya masih sihat. ketika itu, meskipun disaat sakaratul maut, detik yang paling kritikal, Insyaallah lidah akan terus bergerak menyebut nama Allah dengan taufikNya.

Meskipun Islam anjur agar ditalkin kepada orang yang sedang menghampiri ajalnya dengan menyebut kalimah "Lailaha illaallah" ketika yang genting itu tidak mudah bagi orang yang menghampiri ajal itu untuk turut, walaupun dibimbing kecuali dengan rahmat Allah S.W.T.

Orang yang sihat segar pun jika enggan mengikut seruan nabi dan nasihat ulama, belum pasti boleh menuruti walau dibimbing. Inikan pula orang yang berada di pingggir ajalnya, kecuali bagi mereka yang melazimkan berbuat demikian.



  http://www.emocutez.com selalunya bila sakit baru nak ingat Allah.. ye dak???


* sama-samalah muhasabahkan diri kita http://www.emocutez.com






okeh rojer n out!! bye2 ^_^









Saturday, November 26, 2011

1 Muharam

Esok kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah. Jadi CD nak kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah untuk dibaca esok. =)


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 





Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.








Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.


Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.



 Lepas baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun, seeloknya pasanglah azam untuk berhijrah ke arah kebaikan. Berhijrah menjadi hamba yang lebih baik dan mulia di sisiNya.


Kita ni manusia, hanya hamba Allah. Tugas kita mengabdikan diri pada Allah. Dunia ni Allah pinjamkan untuk kita  untuk dinikmati  sebentar saja kepada kita sebagai ujian. Kalau kita terleka, habislah akhirat kita nanti.




okeh rojer n out! bye2 ^_^

Thursday, November 24, 2011

Malaslah Untuk Malas

Bila cakap tentang malas, macam-macam yang kita boleh malaskan,

Contohnya, 

malas la nak belajar,

 malas la nak kerja,

 malas la nak fikir,

 malas la  nak mandi,

 malas nak la  makan, 

malas nak la pergi kelas,

 malas nak la buat asginment, 

malas nak la  tidur,

 malas lagi nak bangun tidur,

 malas nak la becakap,

malas la nak ambik wuduk, malas la nak solat!! Haaa ni dah melampau!! Tak boleh jadi!!! 

Ish3 dasyat betul sifat malas ni. Macam-macam ada!

Sebenarnya, semua ni bermula dari diri kita sendiri kan, kalau otak ni dah fikir, marah, marahlah ia, kalau fikir sayang, sayang lah ia, kalau fikir resah, resahlah ia, jadi kalau fikir malas, malaslah ia.  

Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya. 

Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri kita. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. 

Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas.

Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif. Apa yang berlaku agaknya? Ish3… nauzubillah…



Jadi mungkin kita harus MALAS untuk MALAS.. jadi kita akan RAJIN la kan. hehehe ^^



 Doa untuk melawan sifat malas




Ertinya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)


p/s:   malas-malaskanlah diri anda untuk malas =D







okeh Rojer N out!! bye2 ^_^



Saturday, November 19, 2011

:..Soalnya Siapa Kita..:



SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kita menentukan cara kita melihat.

Kesannya pula adalah, cara kita melihat menentukan apa yang kita dapat.


Ada yang pergi melancong dapat dosa, ada yang pergi melancong dapat pahala.


Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah melancong, tapi soal siapa kita yang pergi itu tadi.


KE SUNGAI


Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.


Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.


Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”


Tulis pula di batu, “Ani & Min Were Here!”


Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.


Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.


Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.


Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kita dapat.


Cara melihat pula bergantung kepada siapa kita.


UNIVERSITI


Sama juga dengan universiti.


Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.


Ada yang datang ke universiti dapat “boy”. Dapat “girl”. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sia-sia, hasilnya???.


Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.


Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kita dapat.


Cara melihat pula bergantung kepada siapa kita.


FACEBOOK


Sama juga dengan Facebook.


Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.


Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.


Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.


Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai terlupa Akhirat dan Dunia.


Bukan salah Facebook.


Tapi salah manusianya.


Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?


Kamu boyfriend?


Kamu girlfriend?


Kamu bos?


Kamu pakar?


Siapa sahaja kita, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.


Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.


Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.


Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.








okeh rojer N out!! bye2 ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...