Welcome! Have A nice Day ~_^

Wednesday, April 18, 2012

NIKMAT LUPA YANG SERING TERLUPA

Tidak mungkin Allah menciptakan sesuatu itu hanya Sia-sia.,dan Tiada gunanya.

 TIDAK MUNGKIN!

Setiap pengaturannya adalah Nikmat untuk kita. Termasuklah LUPA.

cuba hampa pikiaq, bagaimana jadi kalau kita tidak dianugerahkan dengan nikmat lupa.?

 Sepanjang umur kita akan terseksa kerana tidak boleh melupakan peristiwa pahit di masa lalu.

Atau sepanjang umur kita menjadi malas kerana terlena oleh indahnya kenangan di masa silam.

Kita juga mungkin akan menjadi seorang pendendam kerana tidak boleh melupakan kesalahan yang orang lain pernah lakukan terhadap kita.

Jadi inilah yang dimaksudkan dengan NIKMAT LUPA,

LUPA ni pun ada fungsinya.

tetapi nikmat ini pula yang sering kita lupakan!.



khas untuk kaum lelaki --,

kita harus bersyukur akan nikmat lupa yang di kurniakan oleh Allah swt. Sesungguhnya Dia maha mengetahui dan maha bijaksana dalam mengatur hidup kita.

kerana Dialah perekacipta.

Oleh itu  jangan pula kita lupa untuk sentiasa mengingatiNya.

best kan kalau time puasa, kita lupa, lepas makan kenyang-kenyang baru ingat balik.. “Eh sekarang bulan ramadhan la!”  penah jadi tak?? kih3 ;p

ingat, jangan buat-buat lupa sudah la! Terlupa, dan buat-buat lupa adalah perkara yang berbeza! -__-



(CD ingatkan hari ni dah khamis =.= )

Sunday, April 15, 2012

"Mintak Tawaq"

Hari ni nak cerita tentang kehebatan CD. Diulangi sekali lagi, KEHEBATAN.

acecece awai-awai lagi dah mengaku hebat! haha skali dua kala. apa salahnya!  heeeeee :D

eemmm hampa pandai tak nak mintak tawar? kalau orang utara kata "mintak tawaq harga"

haaaaa.... nak tawar menawar pun ada teknik jugak kan? CD ada mewarisi sikit-sikit teknik daripada mak, dan kakak CD. perhhh diorang nih kalau bab nak mintak tawar, cukup superb lah nak habaq kat hampa!

antara teknik yang utama:

 kalau harga satu barang tu contohnya RM49.90.

 jadi, kalau hampa la kan, hampa nak minta kurang, hampa akan mintak macam mana?

"ala uncle, 45 sudah la..." macam ni?

TIDAK! mengikut apa yang CD warisi daripada mak dan kakak CD, cewah! nak sebut harga, nak mintak kurang, biar sebut murah terus,! contoh :

"ala uncle! ni 20 dapat nih! boleh la.. 20! ok"

nampak dak? sebut biar kurang banyak, jangan kurang sikit-sikit. memang nampak tak masuk akal kadang-kadang tu. tapi ini adalah satu teknik ok. haha

lepas tu mesti tauke kedai tu akan cakap tak boleh la kan!

tapi jangan berputus asa! lepas tu, baru la hampa naikkan sedikit demi sedikit harga tadi.

"alah uncle nih.. 20 boleh ni.. tapi xpa la.. kalau mcm tu 25! ok.. boleh.. 25..!"

nampak? baru naikkan sedikit harga tadi. sekarang kita yang kawal tauke tu.. hahaha

"ish you ni,, mana boleh ma... tak balik modal maa......... "

lepas tu baru la hampa beri sedikit peluang kepada tauke tu untuk beri harga dia pulak. he3

"habes, uncle boleh kasi berapa nih? bagi paling murah la! i tau boleh! you saja ja nih"

"45 boleh la cik adik"

"ish! mengarut lah uncle nih! ok lah 35! i nak 35"

"ok lah.. kat you i kasi lah. 40, sampai sini saja i boleh kasi kat you. modal tak balik ma... bla bla bla.."

" ala tauke! boleh! saja ja tauke tak nak kasi nih! nak kasi ka tak ni?? 38! last! 38! i nak beli kat you ni. you kasi 38 i amik terus!(nada lebih tegas) haha

"yala2! mai la.. i kasi la kat you.. kira you special lah.. mana i penah jual 38 maa.. bla bla bla... " (sambil geleng-geleng kepala)

nampak? daripada 45 ringgit yang korang mintak kurang pada mulanya tadi, sebenarnya boleh dapat 38!!.

sebenarnya kisah ini baru sahaja berlaku petang tadi. CD beli jam baru. hahaha  kantoi jam aku murah --,


saja nak kenalkan jam murah kat hampa ;p


pesanan mak dan kakak CD, nak mintak tawar kita kena berlagak sikit. cakap biar tegas. buat riak wajah yang kita yakin dengan harga yang kita mintak tu boleh dapat. jangan takut, jangan putus asa,!

sakan kan mak dan kakak CD? sampai kadang-kadang CD sendiri naik segan dengan tauke atau pekerja yang terpaksa melayan kerenah depa dua orang nih.

Sampai satu tahap, nampak riak wajah mereka macam nak amik penyapu dan halau kami keluar dari kedai -__-!

Tapi sekarang, CD pun dah terbiasa dengan sikap suka tawar menawar macam mana mak dan kakak CD selalu buat.

Jadi boleh dikatankan CD pun dah hebat la kan? hahahaha. Errrr.. CD lebih selesa nak tawar menawar dengan peniaga cina. daripada melayu. tak tahu lah kenapa. sebab boleh cakap i-you kot.. --,


*hampa macam mana? suka minta tawar, atau "ala... malas lah nak serabut-serabut kepala.. bayar je.."  =)




okeh rojer n out! bye2 ^_^


Friday, April 13, 2012

Life Time Checker

Tadi ada hantu datang rumah CD,
errrr nama hantu tu HANTU JAVASCRIPT.
CD pi la bertandang kat rumah Hantu ni balik.
nak kenal jugak? gi la jenguk-jenguk rumah dia..

Hantu ni bukan sebarang hantu ok.. 
dia ada cipta satu aplikasi yang dinamakan lifetime checker.

Aplikasi ni menggunakan function object date untuk mengira beza tarikh lahir dan tarikh sekarang.

ok sekarang CD nak tanya hampa, 

hampa tau dak hampa dah hidaup lama mana? berapa tahun, berapa bulan, berapa hari, berapa jam, berapa minit, dan berapa saat? haaaa cepat-cepat kira!!





dah3... toksah la hampa susah-susah nak pikiaq.. mesti hampa tak dapat nak jawab semua soalan tu dalam masa satu saat!

jadi, dengan adanya lifetime checker ni, hampa dapat tau berapa lama hampa dah hidup dengan pantas.

contohnya tadi CD dah buat. 

Your life time21 year, 0 month, 0 day...
Equal to21year...
Equal to247month...
Equal to7,657day...
Equal to183,768hour...
Equal to11,026,080min...
Equal to661,564,800sec..



jadi kalau orang yang malas dan lemah mate macam CD ni,,, senang ja la, pi ja tekan-tekan dah dapat jawapan.

Aplikasi ni dicipta khas oleh pemilik blog hantujavascirpt(fadzz) !. harap maklum.

hampa pi la bertandang rumah hantujavascirpt nih.. bawak buah tangan skali kalau rajin.pastu jangan malaih sangat nak tekan button follow ek!

dah sampai, bagi salam, masuk, terus la cuba try test lifetime checker ni.. pastu dpt jawapan meh la share dengan CD. okeh! beriya ja aku nih --,


* syukur ya Allah! 661,564,800 saat dah aku diberi peluang untuk bernafas dibumi yang indah ini. 



okeh rojer n out! bye2 ^_^


Saturday, April 7, 2012

Soalan Cepumas

Assalamualaikum! apa habaq??? 
semoga dalam sihat-sihat la no...


Disuatu malam yang hening, sedang CD tengah menggodek-godek facebook tengak apa-apa yang patut. Tiba-tiba ditegur oleh anak murid (anak murid semasa praktikal). CD tak nak cakap banyak. hampa semua baca la sendiri.






 (gambaq kelabu, hampa tenung la dekat-dekat baru boleh baca. haha)



tu ja pun.. tak da la cepumas sangat pun.. dah biasa dah dengan soalan macam ni.. Cuma cara si Fatin ni memulakan pertanyaan tu, tak sangka pulak dia buat penggabungjalinan antara anak buah dengan jodoh. =.=


*kadang-kadang CD lihat pelajar-pelajar ni lebih risau memikirkan jodoh-jodoh gurunya. =)




okeh rojer n out! bye2 ^_^


 

Thursday, March 15, 2012

Sesuatu...

Assalamualaikum semua, =)

pertama sekali, CD panjatkan kesyukuran kehadrat Allah atas kurnia dan izinNya, sampai hari ini, deberikan keizinan untuk CD terus menggunakan lidah, telinga, mata, tangan, kaki, dan yang paling penting atas kurniaan pinjaman nyawa yang tiada gantinya.

sedang CD rehat di ruang tamu, bertemankan Fathul Iman, (bayi berusia 1bulan) dek tiada orang nak bersembang, maka terpaksalah fathul melayan makcik dia sorang ni,

fathul iman, alololo comenya! fathul,, besaq2 nanti fathul nak jadi apa? nak jadi doktor ka, pilot ka, ka.... nak jadi cikgu macam cik?  hehe,, cepat pilih nak jadi apa..

dengan muka yang tiada apa-apa reaksi, tidak sampai 2 minit, maka fathul pun menjawab la soalan makcik dia tadi....

iaitu......... dengan sebuah TANGISAN yang memberi maksud "cik fathul lapaq! tak dak masa nak jawab soalan hang, fathul kecik lagi! nak susu! "

yela2... sabaq sat fathul,, maka tanpa menungggu lebih lama, CD pun terus ....

"kak!!!!!!!!! anak hang lapaq!! qeyau dah ni!! mai ambik cepat " 

bila dah fathul kembali kepada sisi umminya, CD terpikir nak post entri tentang perkara ni.

baik, kembali kepada tajuk entri CD kali ni, " SESUATU "

dalam perjalanan hidup kita didunia, manusia memerlukan harta dan wang untuk menyelesaikan urusan. begitu juga di akhirat nanti, manusia memerlukan SESUATU untuk mencapai kebebasan dari azab neraka, juga untuk memasuki syurga yang dijanjikan Allah S.W.T.

apa itu SESUATU?

yang dimaksudkan dengan SESUATU ialah    "PAHALA", pahala adalah tanda keredaan Allah. Harapan seseorang untuk mencapai kebahagiaan akhirat dalam syurga, hanya pahala mengatasi dosa.

antara cabang pahala di akhirat kelak, ialah pahala akan menjadi "Nur" (cahaya). Cahaya menjadi sesuatu keperluan manusia di alam barzah dan juga akhirat.

jika manusia terpaksa menyediakan lampu untuk menerangi rumah di malam hari, maka mereka juga mesti berusaha untuk menyediakan cahaya untuk dirinya di akhirat.




solat yang khusyuk dan sempurna adalah antara ibadat yang akan menjadi cahaya bagi mereka di sana kelak.

orang lain tidak mungkin dapat menumpang cahaya daripada nur seseorang yang lain di akhirat. kerana, cerah cahayanya ibarat cerahnya penglihatan seseorang, yang manfaatnya hanya untuk individu berkenaan.

orang buta tidak mungkin matanya dapat menumpang dari cerah penglihatan orang lain.

jadi hampa tak payah duk mengaqut kata hampa boleh tumpang cahaya jiran sebelah time kat akhirat nanti. --!

* kepada mak2 dan ayah2, didiklah anak-anak anda untuk mengenal Allah, Dosa, Pahala, daripada kecil lagi. mudah-mudahan hati mereka akan terus bersih daripada tompok-tompok kegelapan yang menyesatkan.

jalanilah kehidupan seharian dengan keyakinan :  Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah mendengarku. =)





okeh! rojer n out! bye2 ^_^

 

Tuesday, December 6, 2011

Susah, Senang Ingat Allah SWT

Assalamualaikum semua http://www.emocutez.com


Nabi S.A.W bersabda menjelaskan bahawa amalan yang terbaik sekali ialah orang yang mati keadaan lidahnya masih basah dengan menyebut nama Allah S.W.T.

Ertinya, zikrullah semasa hayatnya hingga berada di ambang ajalnya. Janganlah hanya semasa atau selepas solat berwirid ikrullah dengan rancak, tetapi aktiviti kehidupan selepas itu tiada bezanya antara halal dan haram.

Orang berikrullah waktu senang atau susah, waktu sihat atau sakit, hampir ajal pun lidah basah menyebut nama Allah S.W.T. Siapa yang mampu beramal begitu, bererti beramal dengan amalan yang paling afdal.  

Insan diambang maut tidak mudah menyebut nama Allah S.W.T kacuali membiasakan zikrullah ketika dirinya masih sihat. ketika itu, meskipun disaat sakaratul maut, detik yang paling kritikal, Insyaallah lidah akan terus bergerak menyebut nama Allah dengan taufikNya.

Meskipun Islam anjur agar ditalkin kepada orang yang sedang menghampiri ajalnya dengan menyebut kalimah "Lailaha illaallah" ketika yang genting itu tidak mudah bagi orang yang menghampiri ajal itu untuk turut, walaupun dibimbing kecuali dengan rahmat Allah S.W.T.

Orang yang sihat segar pun jika enggan mengikut seruan nabi dan nasihat ulama, belum pasti boleh menuruti walau dibimbing. Inikan pula orang yang berada di pingggir ajalnya, kecuali bagi mereka yang melazimkan berbuat demikian.



  http://www.emocutez.com selalunya bila sakit baru nak ingat Allah.. ye dak???


* sama-samalah muhasabahkan diri kita http://www.emocutez.com






okeh rojer n out!! bye2 ^_^









Saturday, November 26, 2011

1 Muharam

Esok kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah. Jadi CD nak kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah untuk dibaca esok. =)


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 





Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.








Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.


Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.



 Lepas baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun, seeloknya pasanglah azam untuk berhijrah ke arah kebaikan. Berhijrah menjadi hamba yang lebih baik dan mulia di sisiNya.


Kita ni manusia, hanya hamba Allah. Tugas kita mengabdikan diri pada Allah. Dunia ni Allah pinjamkan untuk kita  untuk dinikmati  sebentar saja kepada kita sebagai ujian. Kalau kita terleka, habislah akhirat kita nanti.




okeh rojer n out! bye2 ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...