Assalamualaikum
22 april 2012. Hari ni hari ahad kan? Cepat pi cek kalendar!
Dah? Ok…
iye.... CD tau... hari ni hari bumi kan?...
( tu pun lepas bace entri jagung -.-)
tapi sekarang CD bukan nak cerita tentang hari bumi k...
CD nak cerita tentang hari AHAD
Pernah terfikir apa rahsia disebalik hari Ahad?
Ada apa dengan hari Ahad?
Apa istimewanya hari Ahad?
Sebab cuti??? Yeay!!
TIDAK.. bukan yang itu nak dibincang kan…
ini yang CD nak kongsikan.
Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia mengatakan “Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam ditanya kan tentang hari Ahad.
Maka Beliau menjawab, ‘Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun!’
Para sahabat bertanya, “Apa sebab demikian ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “ Kerana hari itulah Allah mulai mencipta dunia dan memakmurkannya”
Sebahagian Ulama mengatakan bahawa pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan TUJUH macam benda, antara makhluk-makhluk dan setiap satu antaranya, dipecah lagi menjadi tujuh.
Ada pun penciptaan tujuh macam benda itu adalah;
1- Tempat jalan bintang-bintang,(falak)
2 - Bintang-bintang yang bergerak,
3 - Neraka yang bertingkat,
4 - Bumi yang berlapis,
5 - Lautan yang luas,
6 - Anggota tubuh manusia,
7 - Hari-hari dalam seminggu.
Semua 7 perkara ni diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Kuasa pada hari AHAD.
Jadi hari Ahad ni adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan. ^^
sumber gugel. : unic kn pen ni?
sori gambar tak ada kena mengena -.-
sebelum ni CD dah pernah post entri tentang hari Jumaat kan? belum baca? tekan SINI =)
*Pernah tahu tak 7 perkara tu dicipta pada hari AHAD? Kalau tak pernah tau, Alhamdulillah, sekarang dah tau kan? He3..
sumber : Buku 7 Rahsia Langit & Bumi; terjemahan oleh Abuya Muhammad Thoriq Akhyar Almedani.
okeh rojer n out! bye2 ^_^




