Welcome! Have A nice Day ~_^

Saturday, May 5, 2012

3 soalan 1 penampaq



Amaran keras!



 Entri ini tiada kaitan CD dengan anak-anak murid =.=




maseh gugel  



Bacalah.. Dan Fikirkan.. =)


Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda
: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai
: Saya akan cuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda
: Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai
: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda
 : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai
: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda
 : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai
: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai
: Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda
: Saya tidak boleh.

Kiyai
 : Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai
: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda
 : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda
 : Tidak.

Kiyai
 : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai
 : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda
 : Kulit.

Kiyai
 : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai
 : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : 
Sakit.

Kiyai
 : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..

Pemuda
 : ...(terdiam...)



*yeah!! huye huye soalan aku semuanya dah siap!! alhamdulillah..






Tuesday, May 1, 2012

Non-Stop!!




TOLONG Baca jangan Malaih sangat! ;P







Bagaimanakah keyakinan dan hubungan kita dengan Allah? Semakin hampir atau sebaliknya?

Bagaimanakah sunah-sunah baginda Nabi Muhammad SAW. Adakah semakin banyak diamalkan atau semakin berkurangan atau Tiada langsung pada diri kita?

Bagaimanakah solat 5 waktu pada hari ini, khusyukkah kita?

Bagaimanakah dengan bacaan Al-Quran kita? Adakah masih belum disentuh? Masih tersimpan rapi di dalam almari? Jika sudah, adakah kita menghayati makna dan maksudnya dengan betul?

Bagaimanakah dengan doa kita? Sudahkah kita meminta keampunan daripada Allah? Ataupun kita sudah berasa hebat tidak perlu lagi untuk meminta?

Bagaimanakah Ingatan kita kepada alam akhirat, adakah semakin meningkat?

Persiapan - terhadap kubur, mahsyar, mizan, sirat, alam-alam yang bakal ditempuh!

Saya Check Diri saya,
Yang lain Check diri masing-masing…





Jangan Biarkan Iman Kita Bercuti okeh!!!
 ^_^

*jom makan megi sesama! ekekeke ;P



Friday, April 27, 2012

SEMALU


Jom baca kisah semalu... 


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar.

 Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu
berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon
semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

 Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah
sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan
yang kecil.

dapat kat gugel

*dulu suka sentuh-sentuh daun semalu..sekarang dah lama tak nampak pokok semalu ni....






okeh rojer n out! bye2 ^_^


Boleh Mengundi!


Selamat hari jadi 
Ku ucapkan kepada ku
Kini usia telah 
Mendewasakan diriku 
Kini ku terus mencari chahaya kehidupan 
Secerah mentari memancar bumi ini..
Ya Allah.. pimpinlah aku kejalan yang benar…

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI.. 





*gaji dah masuk.. nak shoping beli hadiah utk diri sendir!! weeeeeeeeeee:D



Sunday, April 22, 2012

AHAD=SUNDAY



Assalamualaikum


22 april 2012. Hari ni hari ahad kan?  Cepat pi cek kalendar!

Dah? Ok…

iye....  CD tau...  hari ni hari bumi kan?...
( tu pun lepas bace entri jagung -.-)

 tapi sekarang  CD bukan nak cerita tentang hari bumi k...

CD nak cerita tentang hari AHAD



Pernah terfikir apa rahsia disebalik hari Ahad?
Ada apa dengan hari Ahad?
Apa istimewanya hari Ahad?


Sebab cuti???  Yeay!!


TIDAK.. bukan yang itu nak dibincang kan…

ini yang CD nak kongsikan.


Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia mengatakan “Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam ditanya kan tentang hari Ahad.

 Maka Beliau menjawab, ‘Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun!’

Para sahabat bertanya, “Apa sebab demikian ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, “ Kerana hari itulah Allah mulai mencipta dunia dan memakmurkannya”

Sebahagian Ulama mengatakan bahawa pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan TUJUH macam benda, antara makhluk-makhluk  dan setiap satu antaranya, dipecah  lagi menjadi tujuh.

Ada pun penciptaan tujuh macam benda itu adalah;

 1- Tempat jalan bintang-bintang,(falak)
2 - Bintang-bintang yang bergerak,
3 - Neraka yang bertingkat,
 4 - Bumi yang berlapis,
5 - Lautan yang luas,
 6 - Anggota tubuh manusia,
7 - Hari-hari dalam seminggu.

Semua 7 perkara ni diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Kuasa pada hari AHAD.

Jadi hari Ahad ni adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan.  ^^



sumber gugel. : unic kn pen ni? 
sori gambar tak ada kena mengena -.-


sebelum ni CD dah pernah post entri tentang hari Jumaat kan? belum baca? tekan SINI =)




*Pernah tahu tak 7 perkara tu dicipta pada hari AHAD?  Kalau tak pernah tau, Alhamdulillah, sekarang dah tau kan? He3..



sumber : Buku 7 Rahsia Langit & Bumi; terjemahan oleh Abuya Muhammad Thoriq Akhyar Almedani.



okeh rojer n out! bye2 ^_^



Friday, April 20, 2012

Hari Silaturrahim Dan Pernikahan

Assalamualaikum,

ada yang nak kawen? nah baca la... ^^


Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik rodliyallaahu anhu :

Dia berkata, "Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam ditanya tentang hari jumaat. Maka beliau menjawab, 'Hari Jumaat adalah hari Silaturrahim dan Pernikahan'.

Para penanya itu menanyakan kembali, 'Apa sebab demikian Ya Rasulullah?'

Jawabnya, ' Kerana para anbiya' alaihimushsholaatu wassalaam dahulu melakukan pernikahan pada hari itu'

Berkata sebahagian ulama, telah terjadi tujuh pernikahan antara para anbiya' dan antara para aulia' pada hari Jumaat iaitu :


1 - Pernikahan antara Adam dan Hawa alaihissalam.


2 - Pernikahan antara Yusuf dan Zulaikha alaihissalam.


3 - Pernikahan antara Musa dan Shafwaro alaihissalam.


4 - Pernikahan antara Sulaiman dan Balqis alaihissalam.


5 - Pernikahan antara Muhammad Shallallaahu alaihi wa sallam dan Siti Khodijah alaihissalaam.


6 - Pernikahan antara Muhammad Shallallaahu alaihi wa sallam dan Siti Aisyah radhiallahu 'anha.


7 - Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Tholib radhiallahu 'anhu dan Fatimah radhiallahu 'anha.


Jadi sesiapa yang nak mendirikan rumah tangga, eloklah kiranya dilakukan pada hari Jumaat. =)

sumber daripada :




CD sedang baca buku 7 Rahsia Langit & Bumi ni. Best.

Buku ni membawa kita menyelami 7 rahsia pada setiap 7 hari dalam seminggu. dimana setiap hari itu, punyai ceritanya tersendiri bersumberkan Al-Quran dan Hadis.

seperti yang CD dah kongsikan diatas,  Rahsia Hari Jumaat. kalau nak tahu ceritanya dengan lebih lanjut mengenai rahsia setiap 7 hari dalam seminggu, boleh la pakat-pakat pi beli buku ni. RM 15.00 ja.. =) 

Dah tak lama nak cuti sekolah ni.. Ada siapa-siapa  dalam perancangan nak kawen tak?? jangan lupa  jemput CD ek! >.<



*taip entri ni sambil teringat kejadian semalam. =.= LINK 



okeh rojer n out! bye2 ^_^

Thursday, April 19, 2012

AKU SUDAH DILAMAR... ^_^

Kring!!!! kring!!!!







A: Assalamualaikum,

B: waalaikumussalam,

A: ehem ehem...

B: ya,,,,,

A: eeemmm.. ni sapa ye?...

B: eerrrrrr nak cakap dengan sapa ea?

A: ni sapa?

B: Nurul Farhan, nak cakap dengan sapa sebenarnya? (dia call tanya kita sapa pulak! sekeh baqu tau)

A: eemmmmm.. nak cakap dengan cik yang sedang bercakap ni lah,,

B: oooo ok,, boleh saya bantu? sapa ni sebenarnya?

A: ish,, saya nak cakap pun susah,, mak Nurul tak bagi tau apa-apa ka?

B: haaa? mak saya? bagitau apa? ada masalah ka ni? encik ni sapa sebenarnya?
(gila skema aku time nih-.-!)



A: iya ka,,, nampaknya mak cik Nurul masih rahsiakan hal ni lah...

B: eh.. rahsiakan apa ni?? cuba berterus terang...

A: tak, errrrrrr cik Nurul, macam ni, hari tu saya dah pi rumah cik Nurul, dan saya dah cakap hajat saya kat mak dan ayah cik Nurul, dan nampaknya depa setuju, cik Nurul pulak macam mana?



B: ya Allah!!!! apa ni, satuju apa? maaf la, sat2,, boleh saya tau nama encik?

A: oh terlupa pulak, nama saya Firdaus.

B: baiklah en.Firdaus, saya tak tau apa-apa pun ni,, dan saya langsung tak faham apa yang encik cakapkan. Hajat apa yang En maksudkan? dan macam mana En boleh kenai saya ni? dan saya tak kenai pun encik..

A: baiklah, macam ni cik Nurul, saya dah tak mau simpan lama-lama dah perkara ni, mungkin mak dan ayah Nurul masih tunggu masa yang sesuai nak bercakap tentang perkara ni. Tapi alang dah saya dapat cakap dengan Nurul, saya jelaskan je la ya..

 saya Firdaus, ayah saya dan ayah  Nurul kan berkawan, jadi saya tau mengenai cik Nurul daripada depa lah.

Jadi saya dah pergi rumah cik Nurul pada khamis minggu lepas, waktu tu Nurul tak dak. Nurul kat sekolah. Dan saya dah bagitau hajat saya nak MELAMAR cik Nurul.

Mak, ayah cik Nurul dah bersetuju, Jadi sekarang saya nak tanya daripada empunya badan sendiri.



B: ............................................... aaaa emmmm sapa awk ni sebenarnya? toksah la main-main dengan saya. saya tak dak masa nak layan! mintak Maaf la Encik Firsaus ya. assalamualaikum.

A: ya Allah,, betul la cik Nurul, macam ni lah, saya faham keadaan cik Nurul sekarang.

sekarang cik Nurul, pi tanya mak dan ayah cik Nurul sendiri, lepas ni, harap boleh call saya dan cakap keputusannya ya cik Nurul. Assalamualaikum. ingat! saya tunggu...

A: ................................ waalaikumussalam.




nak percaya ka tak nih!


terus berlari keluar bilik.. mak!!!! mak!!!!!!!


yaaaaa.. ni kat dalam ni!!!! kat TV,, awatnya??

terus berlari dapatkan mak,,

alahai,, ada kak syahiran, kak Ribhan, dengan abang Zakwan, la pulak.. adui!!! ish kacau daun betui!..

awatnya pasai apa?

eeemmm tak dak apa eh... pusing badan nak balik bilik,, (segan nak tanya)


isshhh tanya je la.... eerrrr mak kenai Firdaus??(terpaksa,, hati dah melonjak2)

kakak : oooooo sapa Fidaus ni!!!!

abang buat dek.....

ish sibuk la.. adik tanya mak!

mak senyum-senyum...

mak kenai dak mak... sapa dia Firdaus?

eeemmm Firdaus,,, nanti la,, tunggu ayah balik masjid dulu, nanti kita bincang.

haaa!!!  mak kenai la ni... betui ka ni??

mak senyum... tunggu ayah balik dulu...

ish tak pa lah,,, terus jalan nak masuk bilik,,

hahahahahaahhahaahahahaha (abang dengan kakak gelak)

HAAAAKKK!!!!!

hati terus dapat menangkap sesuatu!!! 

hampa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oitttttttttttt hampa pekena adik no!!! jahat!!!! abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

terus ambik tepon call number Firdaus..

~mum i'll grown up now.... its brand new day..~ tepon kat atas riba abang berdering!

ABANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! pandainya hang buat soqa macho hang!!! Firdaus konon! GEDIKS!



jalan masuk bilik....

acecececeececec Firdaus........... mak! dah nak kawen dah anak mak yang tu... bagi kawen buang la...... hahahaahhahaah!

mak geleng-geleng kepala (padahai dia pun dah berkomplot dengan depa tuh tadi)

DASAR!!! sesedap oren ja no.. takpa2.. ada hari ada batas oiiiiiii.........

masuk bilik, baring tutup muka dengan bantal!




cuba bagi cadangan, apa yang CD patut buat kat abang CD sekarang!???? SAKIT HATI OIIIIIIII




*kali pertama terkena macam ni.. T_T






okeh rojer n out! bye2 ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...