Welcome! Have A nice Day ~_^

Friday, April 27, 2012

SEMALU


Jom baca kisah semalu... 


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar.

 Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu
berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon
semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

 Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah
sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan
yang kecil.

dapat kat gugel

*dulu suka sentuh-sentuh daun semalu..sekarang dah lama tak nampak pokok semalu ni....






okeh rojer n out! bye2 ^_^


Boleh Mengundi!


Selamat hari jadi 
Ku ucapkan kepada ku
Kini usia telah 
Mendewasakan diriku 
Kini ku terus mencari chahaya kehidupan 
Secerah mentari memancar bumi ini..
Ya Allah.. pimpinlah aku kejalan yang benar…

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI.. 





*gaji dah masuk.. nak shoping beli hadiah utk diri sendir!! weeeeeeeeeee:D



Sunday, April 22, 2012

AHAD=SUNDAY



Assalamualaikum


22 april 2012. Hari ni hari ahad kan?  Cepat pi cek kalendar!

Dah? Ok…

iye....  CD tau...  hari ni hari bumi kan?...
( tu pun lepas bace entri jagung -.-)

 tapi sekarang  CD bukan nak cerita tentang hari bumi k...

CD nak cerita tentang hari AHAD



Pernah terfikir apa rahsia disebalik hari Ahad?
Ada apa dengan hari Ahad?
Apa istimewanya hari Ahad?


Sebab cuti???  Yeay!!


TIDAK.. bukan yang itu nak dibincang kan…

ini yang CD nak kongsikan.


Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia mengatakan “Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam ditanya kan tentang hari Ahad.

 Maka Beliau menjawab, ‘Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun!’

Para sahabat bertanya, “Apa sebab demikian ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, “ Kerana hari itulah Allah mulai mencipta dunia dan memakmurkannya”

Sebahagian Ulama mengatakan bahawa pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan TUJUH macam benda, antara makhluk-makhluk  dan setiap satu antaranya, dipecah  lagi menjadi tujuh.

Ada pun penciptaan tujuh macam benda itu adalah;

 1- Tempat jalan bintang-bintang,(falak)
2 - Bintang-bintang yang bergerak,
3 - Neraka yang bertingkat,
 4 - Bumi yang berlapis,
5 - Lautan yang luas,
 6 - Anggota tubuh manusia,
7 - Hari-hari dalam seminggu.

Semua 7 perkara ni diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Kuasa pada hari AHAD.

Jadi hari Ahad ni adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan.  ^^



sumber gugel. : unic kn pen ni? 
sori gambar tak ada kena mengena -.-


sebelum ni CD dah pernah post entri tentang hari Jumaat kan? belum baca? tekan SINI =)




*Pernah tahu tak 7 perkara tu dicipta pada hari AHAD?  Kalau tak pernah tau, Alhamdulillah, sekarang dah tau kan? He3..



sumber : Buku 7 Rahsia Langit & Bumi; terjemahan oleh Abuya Muhammad Thoriq Akhyar Almedani.



okeh rojer n out! bye2 ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...