Welcome! Have A nice Day ~_^

Friday, May 18, 2012

Benda yang paling susah nak buat Over Time


Assalamualaikum

Dah solat belum ni? 

hhhmmmmmmmm

waiting

walaupun sesibuk mana kita, on the phone

janganlah sehingga mengabaikan solat.. no talking

haaa dah tu tunggu apa lagi?? 


sapa yang tak solat lagi tu pi la solat cepat!! 

phbbbbt









Smiley Face



*Alhamdulillah.. follower dah 300.. heee ^^



Thursday, May 17, 2012

Bahasa Kerbau


 Assalamualaikum semua ^^


Bahasa Kerbau? 


untuk pengetahuan semua, jangan ingat kerbau tak ada bahasa,  Kerbau ni pun ada bahasa tau. Jadi boleh dikatakan kerbau ni "faham bahasa" lah.. 


Tak percaya? cuba hampa pi tanya kerbau yang berdekatan.. betul tak apa yang Farhan habaq nih... hehe=P


Dulu-dulu kan,,, di kedah, orang kampung yang mengusahakan sawah,  menggunakan kerbau untuk membajak tanah sawah mereka.


Jadi untuk memudahkan kerja membajak tanah, mereka memberikan arahan kepada kerbau di dalam bentuk perkataan. Jadi tu lah bahasa kerbaunya.


Ha'ih = menyuruh kerbau berjalan (WAJIB bunyikan secara agak sengau2 
sikit ok) haha ;p

Chah = menyuruh kerbau ke kanan

Sok = menyuruh kerbau kekiri

Serot/seqot = menyuruh kerbau berundur kebelakang.
                   (oqg kedah cakap suquh gostan la)

Paling Chah = menyuruh kerbau berpaling ke kanan

Paling Sok = menyuruh kerbau berpaling ke kiri

Fiiiiuuuwwweeettt =  menyuruh kerbau berjoget untuk menghiburkan  hati tuannya! (ok mohong!) =.=




Farhan dapat tahu bahasa kerbau ni daripada  penceritaan ayahanda. Ayah sempat untuk merasakan pengalaman "drive kerbau" ni. Best !! macam drive qeta! katanya .. (teringin jugak!) =.=




ihsan gugel


Ayah cakap,  semua bahasa-bahasa tu memang digunakan, dan kerbau-kerbau tu pulak memang faham dan ikut apa yang diarahkan.!


kiranya bahasa tu sebagai "gear" kepada kerbau-kerbau tu lah. kalau tak dak gear tak berjalan la..


"Tapi tu semuanya dulu-dulu... la ni mana ada dah.. hampa semua ni tak dan pun nak tengak semua tu..  Generasi  hampa ni, qebau pun setaun skali kot baqu nak nampak. Dunia dah maju..Zaman dah berubah"


 terang ayahanda penuh semangat!  .. kih3 XD


* ok lepas ni kalau hampa semua terserempak dengan kerbau, nak cuba try test cakap dengan kerbau, sila2 lah.. lepas buat cerita kat sini! ;P



Tuesday, May 15, 2012

Yang Ke-19

Assalamualaikum. wink2 ~_^

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih berada di atas muka bumi Allah ini untuk menambah bekalan yang bakal dibawa pada Hari Pembalasan nanti. !!

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, atas ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat.  

Para Hadirin yang saya hormati sekalian,

Berdirinya saya disini ingin menyampaikan berita gembira, dimana saya kakak ipar saya, baru sahaja selamat melahirkan anaknya kang ke 4.

Ini bermakna baby ini menduduki tangga yang ke 19 sebagai ANAK buah saya.

weeeeeeeee dapat anak baru..



baby boy. 
umur : 2 hari 

Tak dak nama lagi...

hampa ada cadangan nak letak nama apa?? excited cam anak sendiri pulak.. heeeee ;P 


*ada lagi 2 baby tengah tunggu turn! ;P



Sunday, May 13, 2012

Ntah La..

Assalamualaikum!

PBS Kemahiran Hidup Bersepadu.




ni jawab bagi mata pelajaran K.H.B ka nak buat Karangan Bahasa Melayu.. =.=









sejuk perut cikgu mengandung..  =P










Bila dapat yang buat jawapan macam ni. Tetiba rasa tak tahu nak mengarah perasaan nak rasa yang mana satu.

nak Gelakkah
nak Geramkah
nak Marahkah
nak Sedihkah
nak Jerit kah

Ntah La.............

yang pasti kalau budak bertuah ni ada kat depan mata....................... 
tak tau lah apa nasibnya =.=



Kami dah pulang emak buat cucur , mudah saja tambah air . Adun sebati goreng dan sedia . Tepung cucur adabi rasanya . Kami nak lagi , boleh tak cepat ? BOLEHHHHH~ . iye?? Sayang Mak !!

Selamat Hari Emak ;D hikk..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...