Welcome! Have A nice Day ~_^
Showing posts with label bahasa kerbau. Show all posts
Showing posts with label bahasa kerbau. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Bahasa Kerbau


 Assalamualaikum semua ^^


Bahasa Kerbau? 


untuk pengetahuan semua, jangan ingat kerbau tak ada bahasa,  Kerbau ni pun ada bahasa tau. Jadi boleh dikatakan kerbau ni "faham bahasa" lah.. 


Tak percaya? cuba hampa pi tanya kerbau yang berdekatan.. betul tak apa yang Farhan habaq nih... hehe=P


Dulu-dulu kan,,, di kedah, orang kampung yang mengusahakan sawah,  menggunakan kerbau untuk membajak tanah sawah mereka.


Jadi untuk memudahkan kerja membajak tanah, mereka memberikan arahan kepada kerbau di dalam bentuk perkataan. Jadi tu lah bahasa kerbaunya.


Ha'ih = menyuruh kerbau berjalan (WAJIB bunyikan secara agak sengau2 
sikit ok) haha ;p

Chah = menyuruh kerbau ke kanan

Sok = menyuruh kerbau kekiri

Serot/seqot = menyuruh kerbau berundur kebelakang.
                   (oqg kedah cakap suquh gostan la)

Paling Chah = menyuruh kerbau berpaling ke kanan

Paling Sok = menyuruh kerbau berpaling ke kiri

Fiiiiuuuwwweeettt =  menyuruh kerbau berjoget untuk menghiburkan  hati tuannya! (ok mohong!) =.=




Farhan dapat tahu bahasa kerbau ni daripada  penceritaan ayahanda. Ayah sempat untuk merasakan pengalaman "drive kerbau" ni. Best !! macam drive qeta! katanya .. (teringin jugak!) =.=




ihsan gugel


Ayah cakap,  semua bahasa-bahasa tu memang digunakan, dan kerbau-kerbau tu pulak memang faham dan ikut apa yang diarahkan.!


kiranya bahasa tu sebagai "gear" kepada kerbau-kerbau tu lah. kalau tak dak gear tak berjalan la..


"Tapi tu semuanya dulu-dulu... la ni mana ada dah.. hampa semua ni tak dan pun nak tengak semua tu..  Generasi  hampa ni, qebau pun setaun skali kot baqu nak nampak. Dunia dah maju..Zaman dah berubah"


 terang ayahanda penuh semangat!  .. kih3 XD


* ok lepas ni kalau hampa semua terserempak dengan kerbau, nak cuba try test cakap dengan kerbau, sila2 lah.. lepas buat cerita kat sini! ;P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...