Welcome! Have A nice Day ~_^

Saturday, November 19, 2011

:..Soalnya Siapa Kita..:



SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kita menentukan cara kita melihat.

Kesannya pula adalah, cara kita melihat menentukan apa yang kita dapat.


Ada yang pergi melancong dapat dosa, ada yang pergi melancong dapat pahala.


Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah melancong, tapi soal siapa kita yang pergi itu tadi.


KE SUNGAI


Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.


Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.


Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”


Tulis pula di batu, “Ani & Min Were Here!”


Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.


Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.


Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.


Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kita dapat.


Cara melihat pula bergantung kepada siapa kita.


UNIVERSITI


Sama juga dengan universiti.


Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.


Ada yang datang ke universiti dapat “boy”. Dapat “girl”. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sia-sia, hasilnya???.


Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.


Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kita dapat.


Cara melihat pula bergantung kepada siapa kita.


FACEBOOK


Sama juga dengan Facebook.


Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.


Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.


Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.


Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai terlupa Akhirat dan Dunia.


Bukan salah Facebook.


Tapi salah manusianya.


Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?


Kamu boyfriend?


Kamu girlfriend?


Kamu bos?


Kamu pakar?


Siapa sahaja kita, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.


Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.


Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.


Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.








okeh rojer N out!! bye2 ^_^




Wednesday, November 16, 2011

Hebatnya Kekasihku.. =)

Assalamualaikum


kekasih adalah seorang yang sangat-sangat disayangi, dikasihi, dicintai, tapi, bila kita sebut tentang kekasih siapa dulu yang terlintas didalam fikiran kita? 
( Fikir-fikirkanlah sendiri ) :-) 



Kekasihku Rasulullah S.A.W


       1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') 


Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?



6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.



7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?'


 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.



10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.



11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.



13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'




 credit to : Nur ketenangan 





okeh rojer N out... bye2! ^_^




Monday, November 14, 2011

Aksi Kem Gemilang PSRA

 Assalamualaikum..



ok  hari ni CD terasa nak kongsi pengalaman ketika paraktikal mengajar dekat SRA,Jalan Kebun, klang selangor. sebelum mula mengajar, kebetulan sekolah berkenaan nak buat kem, jadi CD telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar2 darjah enam dalam program kem gemilang psra 2011 tersebut.



CD menjadi fasilitator kepada kumpulan "semangat" semuanya 14 orang murid dalam satu kumpulan. Perasaan memang seronok dan bertuah sangat pada ketika tu, sebab murid2 dalam kumpulan CD semuanya sporting dan rilek je..



Jadi bila masuk je dalam kumpulan tu, CD perkenalkan diri dulu lah kepada murid-murid tu, sebab CD baru  je masuk dalam sekolah tu, pelajar-pelajar kat situ bukan kenal CD lagi pun. Bila masuk je dalam kumpulan tu, semua buat dek je kat CD. ada yang bisik2 sambil tengok CD. Jadi CD pun bersuara lah sikit.



"ok ustazah akan jadi fasilitator dalam kumpulan semangat ni, jadi harap kita semua dapat bekerjasama dan semoga kamu mengambil faedah daripada kem ni "



lepas tu macam2 soalan la yang keluar dari budak2 tu, sampai tak sempat mulut yang satu ni nak menjawab.. dalam banyak2 soalan,  yang CD tak boleh lupa bila diorang tanya, "ustazah nape la kecik sangat? ingat budak2 mane la join masuk dalam kumpulan ni tadi"
(ish3.. ni pun boleh jadi soalan --,)






Antara aksi-aksi kami dalam kem gemilang psra ni  >





acara yang terakhir : explorace




salah satu syarat untuk keperingkat seterusnya. 
makan telur mentah. (naseb baik bukan fesi yang kene makan ^^')




disebabkan oleh CD yang tak pandai sangat nak berexplorace ni,
kumpulan semangat menjadi kumpulan pertama di belakang hehe..
(maafkan ustazah iye kumpulan semangat!)


tapi walaupun kalah, kami tetap happy dan seronok menghabiskan
tugas-tugas yang telah diberikan  dengan rilek je.. haha..






peace!! kami kalah yeah!!!! =P





antara acara lain yang sempat dirakamkan >




kaki tak boleh pijak tanah!! (inilah salah satu aksinya)









malam muhasabah diri






hari terakhir sebelum berangkat pulang! 
ramai dah dengan macam2 aksi tidurnya~ 
(dah tak hirau penceramah kat depan ^^!)


 

p/s : seronok jadi fesi =)



  okeh rojer n out!! bye2 ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...