Assalamualaikum, salam sejahtera semua... CD harap semua dalam gembira dan ceria!=)
Kadang-kadang terfikir dibenak hati, "Ya Allah! beruntung sangat aku dilahirkan dalam keluarga ISLAM, andainya aku dilahirkan denga keluarga yang beragama terpesong dari landasanMu, belum tentu sekarang aku dapat menikmati kemanisan islam, belum tentu sekarang aku beriman kepada Allah yang Esa. Sesungguhnya Nikmat yang paling tinggi itu adalah nikmat IMAN dan ISLAM."
ok berbalik kepada tajuk entri CD pada kali ni, CD nak kongsi sikit tentang apa itu TAGHUT. Kalau tak salah pertama kali CD mendengar perkataan Taghut ni semasa CD di tingkatan 3. (kalau x salah la) ok td berlaku dialog antara CD dengan adik "we cik maksud taghut amalan yang menyesatkan kan?" na! dari situ la CD pon teringat, "emmm lama x dengaq perkataan tu, ha betui la 2, taghut 2 macam menyembah selain Allah la..." ok, tapi jawapan yang CD cakap kat adik CD tu memang la tak lengkap kan... jawab malas-malas ja tu. Jadi untuk itu, CD nak mnerangkan dengan lebih lanjut sedikit sebanyak tentang TAGHUT ni.. jadi apa tunggu lagi?? jom teruskan baca kat bawah ni.. ~_^
Menjauhi Amalan Taghut
Taghut ialah syaitan, berhala, atau sesuatu yang disembah selain Allah S.W.T atau amalan yang menyesatkan. Taghut juga bermaksud orang yang mengingkari dan menentang huku yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Islam mengharamkan amalan Taghut kerana memberi kesan buruk kepada individu dan masyarakat. Antara yang CD dapat nyatakan disini ialah:
a) Jauh daripada rahmat Allah.
b) Seseorang terdedah untuk melakukan perbuatan maksiat.
c) Dosa tidak diampun oleh Allah S.W.T kerana Taghut termasuk dalam perkara syirik.
d) Perbuatan jenayah berleluasa di dalam masyarakat.
e) Dibenci oleh masyarakat dan dimurkai oleh Allah S.W.T.
f) Memporak-perandakan dan memecahbelahkan masyarakat.
Terdapat beberapa cara menjauhi amalan Taghut. Contohnya:
a) Setiap orang islam hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu keagamaan yang sempurna.
b) Sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam.
c) Sentiasa tolong menolong kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
d) Berusaha mengeratkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan.
Islam Bukan Agama Paksaan
Tetapi kita juga harus ingat, Islam melarang umatnya memaksa orang lain memeluk islam antara sebab-sebabnya ialah paksaan bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, iman orang yang dipaksa mudah cair. Ia juga bagi mengelakkan prasangka orang lain terhadap islam. Dan Islam mementingkan keikhlasan dalam setiap amalan.Selain itu juga, paksaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan pergaduhan.
okeh sampai disini dulu perkongsian CD untuk kali ini. Maa'ssalamah!
okeh, rojer n out!! bye2..^_^
0 Habaq jugak: