apa khabar semua hari ni??? harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. ^^
Emmm.. dimalam yang indah ni, tetiba CD rasa nak bercerita tentang ujian Allah kepada setiap hambanya.
ok semua orang mesti tidak lari dengan masalah dan ujian dalam hidup kan. jadi yang pentingnya macam mana cara kita nak menerima sesuatu masalah atau ujian tu dengan baik tanpa menimbulkan stress, putus asa, dan ada kalanya sehingga membawa kepada patah hati.
Ingat! setiap ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambanya sudah tentu ada tujuan dan hikmah disebaliknya. ok disini CD nak kongsi serba sedikit mengenai tujuan Allah menguji manusia, cara menghadapi ujianNya, dan hikmah setiap ujian yang diberikan. jom sama-sama kita renungkan.. =)
Tujuan Allah Menguji Manusia
1) Allah S.W.T menguji manusia dengan berbagai-bagai cara untuk mengetahui sejauh mana kesabaran, keimanan, dan pengorbanan seseorang terhadapNya.
2) Antara tujuan tersebut diturunkan oleh Allah ialah:
a. Untuk menguji tingkat ketaatan dan kepatuhan dikalangan hamba-hambanya.
b. Untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang yang ditimpa kesusahan dan penderitaan.
c. Untuk menguji sejauh mana hamba-hambaNya mensyukuri nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya.
d. Untuk menggalakkan manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan amal soleh.
Cara Menghadapi Ujian Allah S.W.T
1) Sabar ketika menghadapi ujian dan bertawakal kepadaNya.
2) Tidak berputus asa, sebaliknya terus meningkatkan usaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh.
3) Sentiasa bersyukur dengan nikmat kernuiaan Allah, dengan menggunakannya kejalan yang diredhaiNya.
4) Orang yang ditimpa musibah, dituntut supaya mengucapkan, "innalillahi wainna ilaihi raajiuun".
Hikmah Ujian Allah S.WT
1) Dapat membentuk jiwa yang lebih mantap dalam diri seseorang.
2) Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah S.W.T.
3) Dapat mendorong seseorang mengkaji segala kesilapan yang telah dilakukan.
4) Supaya umat islam lebih berhati-hati dalam sebarag tindakan dan perbuatan agar tidak melanggar hukum-hukum Allah S.W.T.
Seperti yang kita semua tahu, Allah akan memberikan ujian mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Dan
dengan ujian yang diberikan kepada kita, itu menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Mungkin jika kita hanya berada didalam keadaan mewah dan selesa tanpa sebarang masalah, kita mudah lupa dan jauh dariNya.
Dengan ini, segala ujian yang kita hadapi akan membuatkan kita sentiasa ingat kepadaNya bahawa Dialah yang Maha Kuasa atas segala-gala di alam semesta ini. Jesteru, kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk lebih beriman kepadaNya.
Jadi macam mana semua?? lepas ni sama-samalah kita menghadapi segala masalah ke, ujian ke, dugaan ke, cobaan ke , (dan sewaktu dengannya lah ^^') dengan hati yang tenang dan sentiasa bersabar serta berfikiran positif.
Ingat! kalau Allah bagi ujian,, itu tanda Allah SAYANG kita..=)
okeh! rojer n out.. bye2.. ^_^
0 Habaq jugak: