Welcome! Have A nice Day ~_^

Friday, April 27, 2012

SEMALU


Jom baca kisah semalu... 


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar.

 Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu
berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon
semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

 Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah
sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan
yang kecil.

dapat kat gugel

*dulu suka sentuh-sentuh daun semalu..sekarang dah lama tak nampak pokok semalu ni....






okeh rojer n out! bye2 ^_^


10 Habaq jugak:

Sis AI said... [Reply Sini]

Btul3.. Waaah, bila tau trus rsa malu dgn pokok semalu tu. At least dia pun tau malu, hehe! Tp suka sgt daun tu. Msa kecik2 pun sy suka usik dia. Apapun, mudah2han entri ni bg pringatan yg sgt baik!

Lysa said... [Reply Sini]

semua ada kaitan, uniknya :)

si kiut lavender said... [Reply Sini]

yup..
ada kaitan byk sgt dgn diri kita as a girl

*kat belakang umah berjebah, nak main mai sini..muhahahhaha

Rtp Farra Arisha said... [Reply Sini]

it's all related to women. :) ternyata daun semalu ini mempunyai maksudnya yang tersendiri! this is interesting.

Cik Kay Jue said... [Reply Sini]

thanks ats perkongsiannya.. like.. ckj pun da jarang nampak pokok semalu ni.. heheh..

Cikra said... [Reply Sini]

menarik. dulu kecik2 selalu main dengan semalu. best bila tengok semalu tu tertutup bila di sentuh

Nurul Farhan said... [Reply Sini]

@Sis AI : hehe.. malu2kan lah diri anda.. ^^ mudah2an menjadi pengajaran kpd kita.. =)

@lisa : ya betul tu! ;)


@si kiut lavender : oo iye ka?? bleh la bertandang ke rumah SKL dgn matlamat nk main daun pokok semlau.. hehehe..

Nurul Farhan said... [Reply Sini]

@Rtp Farra Arisha : yes so true! walaupun hanya sekadar pokok biasa.. =)


@Cik Kay Jue : sama2.. tu la.. dh xnmpk pokok semalu ni.. ^^


@hazfee : tu la.. dulu suka main.. bunga dia pulak jadikan microfon nk nyanyi.. haha..

aReLaN said... [Reply Sini]

heheheh...sama la.kalau lalu kat padang nampak je pokok semalu mula la gatal kaki & tangan nak sentuh.sume kejadian tuhan ciptakan ada hikmah dia

aReLaN said... [Reply Sini]

heheheh...sama la.kalau lalu kat padang nampak je pokok semalu mula la gatal kaki & tangan nak sentuh.sume kejadian tuhan ciptakan ada hikmah dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...