Welcome! Have A nice Day ~_^

Saturday, May 12, 2012

Kita Sebenarnya

KITA SEBENARNYA..

lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1
Muharram.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12
Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..

lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada
hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..

lebih khusyuk mendengar lagu daripada
mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada
solat.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-
nama nabi dan rasul.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyebut helo atau hai daripada
Assalamualaikum wbt.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyanyi daripada berwirid atau
bertasbih.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka memuji manusia
daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka membaca majalah
daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah
agama.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka memaki,mengumpat orang daripada
mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka mencarut daripada menyebut
MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka kemungkaran daripada berbuat
kebaikan.

KITA SEBENARNYA..

lebih bangga dengan kejahilan kita daripada
bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..

lebih cintakan urusan dunia daripada urusan
akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,

kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

maseh gugel

“wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu… 
kami lah hamba yang mengharap belas darimu …” ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami . kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”

*entri lama yang di publish semula.. sumber FB

6 Habaq jugak:

Unknown said... [Reply Sini]

Nice entry.. fiza like.. ^_^

caliph shuriken said... [Reply Sini]

nice sharing ^^

nasir hamzah said... [Reply Sini]

best entry...nice..

aReLaN said... [Reply Sini]

ayuh kita berusaha untuk melayakkan diri masuk syurga-NYA.huhu

Nurul Farhan said... [Reply Sini]

maseh3 semua!!!! sma2 muhasabah diri.. =)

Cik Kay Jue said... [Reply Sini]

thanks for sharing.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...