Welcome! Have A nice Day ~_^

Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa:




"Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. "(HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)


*Di bulan Rejab yang penuh barakah ini, jom kita perbanyakkan istighfar kepada Allah, semoga Allah mngampunkn segala dosa2 kita.. InsyaAllah.. =)

sumber dan sumber

6 Habaq jugak:

putryteya said... [Reply Sini]

Yeayy , dah bulan Rejab ! boleh puasa sunat ,jum FARHAN ! tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan kan ?

Liza Razak said... [Reply Sini]

marilah perbanyakkan amalan mulia :)

Anonymous said... [Reply Sini]

banyak fadhilat dalam bulan islam ni .
moga kita sma2 mendapat manfaatnya (:

caliph shuriken said... [Reply Sini]

selamat beramal semua ^^

★ saya sayang ALLAH★ said... [Reply Sini]

yeahhhh .. bulan yang penuh dengan keistimewaan kan :)

si kiut lavender said... [Reply Sini]

rejab dah lepas...salam syaaban plak ya...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...