Welcome! Have A nice Day ~_^

Sunday, May 6, 2012

Sistem PBS

Assalamualaikum.


Seperti yang kita tahu, mulai tahun ini, pelajar-pelajar tingkatan 1 akan diuji mengikuti  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kan. ? 


hampa tau dak ni????


Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk melahirkan modal insan yang bertaraf dunia.  Pentaksiran PBS ini lebih holistik dan memberi penekanan kepada semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek,  berbanding pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, diminta mengambil maklum bahawa pelajar-pelajar tingkatan 1 tidak akan menduduki ujian bulanan,  peperiksaan pertengahan tahun dan  peperiksaan akhir  tahun sebagaimana menjadi kelaziman sebelum  ini. 

 Sebaliknya mereka akan melalui satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Walau bagaimana pun bagi subjek-subjek Diniah, penilaian dan peperiksaan bagi menguji pencapaian pelajar adalah seperti biasa dan tidak termasuk di dalam PBS di atas.

secara jujurnya, CD agak pening dengan sistem yang baru ni. Banyak perkara yang masih tak "clear". Sistem PBS ni bermula pada tahun ni. Jadi, pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tahun ini boleh dikatakan "testimoni" kepada sistem PBS ni.

Murid-murid tidak lagi diberi gred (A,B,C,D) mengikut markah tetapi akan dinilai dan digredkan mengikut band:

BAND 1 - Tahu
BAND 2 - Tahu & faham
BAND 3 - Tahu, faham & boleh buat
BAND 4 - Tahu, faham & boleh buat dgn beradab
BAND 5 - Tahu, faham & boleh buat dgn beradab terpuji
BAND 6 - Tahu, faham & boleh buat dgn beradab mithali

Hampa ada anak atau adik tingkatan 1? 


Lepas ni kalau nak tanya, jangan tanya dapat A ka B ka C ka.  Dah takdak dah semua tu..


semangat melengkapkan fail PBS bagi mata pelajaran sejarah

Sistem ni baik untuk pelajar..dimana mereka tidak lagi dinilai sekadar satu hari peperiksaan, dan pelajar dinilai mengikut kemahiran ..bukan lagi hafalan. 

Pada guru...ya banyak cabaran!!. banyak qeja oiii... ==!

pemenang meja tersemak di bilik guru =.=


CD nak cakap banyak-banyak pun, diri sendiri tak berapa nak faham lagi dengan sistem ni.

nak tau dengan lebih lanjut, cuba pergi baca  SINI 


*dah bejuta taun tak tengok tb.. tb i miss u!!!  T_T




7 Habaq jugak:

caliph shuriken said... [Reply Sini]

skali baca mcm nota nk amik exam PTD jaa, hukk..

*btul, pasni semua band.. yg pasti x dpt bandwidth ;p

Cikra said... [Reply Sini]

huih pakai band dah. haha. tetiba teringat muet yg kira ikut band. cissss

sepahnya meja cikgu ni.nak hazfee tlg sepahkan lagi tak?ekeke :p

Nurul Farhan said... [Reply Sini]

@caliph shuriken : nota exam PTD hehe bukan2.. >.< bandwidth? ekekek..

Nurul Farhan said... [Reply Sini]

@hazfee : eemm dh pkai band.. penin palo eden.. hu3

brani cuba la sepahkan lagi tgk!

Afasz said... [Reply Sini]

eh dh tkde ABC????? cam pelik plak....band -band slalunya utk muet :)

Unknown said... [Reply Sini]

banyak yang dah berubah...hehehe...banyak lah keje cikgu ya..

putryteya said... [Reply Sini]

alaa , ingat kan MUET je guna band2 ni . haha . rindu MUET !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...