Assalamualaikum semua, Ni hao ma?? Jin tian kuai le ma??
Hope semua dalam keadaan sihat dan happy2 hendaknya ^^,
Dan!!! Berada dalam keadaan malu-malu ek..
Apapun pembaca semua, perlu ke sifat malu ini? Mesti ke ada pada anda, pada mereka dan pada saya ini sebagai seorang manusia di zaman yang dah berkembang maju lagi serba moden ni?
Ok nak cemerlang, nak ke depan, nak maju, mana boleh malu. Kalau malu tak dapatlah semua yang kita hendak. Ye dak? Justeru, apa perlunya malu?
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”
Nah, anda nampak? Betapa pentingnya sifat malu ini. Ya, kita perlu sebenarnya kepada sifat malu. Tanpa malu, segala macam boleh berlaku. Hampir semua gejala sosial yang galak berleluasa ketika ini adalah lantaran tiadanya rasa malu di kalangan si pelaku.
Justeru, jangan kata orang itu malu, jadi dia tak boleh maju.
“Eleh, hang ni pemalu sangat. Sampai ke tualah hang tak kahwin.” Biasa kan dengar orang cakap macam tu?.
Mereka itu bukannya tak laku, cuma belum lagi ditemukan seseorang yang terbaik buat dirinya. Siapa tahu, sekali dapat putera raja. Siapa tahu. Siapa sangka sekali dipinang, terus kekal ke akhir hayat, bercucu-cicit lagi. Yang awal-awal dah dipinang, yang hingus masih meleleh, nak juga kahwin tu, belum tentu lagi macam itu. Belum pasti kekal ke akhirnya. Semua itu kuasa Allah.
Jadi, hidup ini terlalu sukar kalau kita nak bahaskan. Yang penting kita perlu kembali kepada motif dan tujuan utama kita dihidupkan. Malu perlu ada.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.
Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”
Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan.
Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.
Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.
Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.
Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya.
Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.
Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.
Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.
Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita khususnya menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.
Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang. Malah, memelihara seseorang itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur.
Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Jagalah diri anda dan hiasinya dengan kuntuman akhlak yang baik dan perkara yang digariskan oleh Islam...InsyaAllah hidup selamat di dunia dan di akhirat...
orang yang nipis imannya mungkin hanya malu sesama manusia, tetapi bagi orang yang tebal imannya, mereka bukan sahaja malu sesama manusia, yang paling utama malu kepada Allah swt dan takut kepada azabnya.
p/s: nanti jangan duk malu sangat pulak, malu bertempat la kan.. XD
Okeh rojer N out!!! bye2 ^_^
0 Habaq jugak: