Welcome! Have A nice Day ~_^

Tuesday, May 15, 2012

Yang Ke-19

Assalamualaikum. wink2 ~_^

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih berada di atas muka bumi Allah ini untuk menambah bekalan yang bakal dibawa pada Hari Pembalasan nanti. !!

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, atas ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat.  

Para Hadirin yang saya hormati sekalian,

Berdirinya saya disini ingin menyampaikan berita gembira, dimana saya kakak ipar saya, baru sahaja selamat melahirkan anaknya kang ke 4.

Ini bermakna baby ini menduduki tangga yang ke 19 sebagai ANAK buah saya.

weeeeeeeee dapat anak baru..



baby boy. 
umur : 2 hari 

Tak dak nama lagi...

hampa ada cadangan nak letak nama apa?? excited cam anak sendiri pulak.. heeeee ;P 


*ada lagi 2 baby tengah tunggu turn! ;P



Sunday, May 13, 2012

Ntah La..

Assalamualaikum!

PBS Kemahiran Hidup Bersepadu.




ni jawab bagi mata pelajaran K.H.B ka nak buat Karangan Bahasa Melayu.. =.=









sejuk perut cikgu mengandung..  =P










Bila dapat yang buat jawapan macam ni. Tetiba rasa tak tahu nak mengarah perasaan nak rasa yang mana satu.

nak Gelakkah
nak Geramkah
nak Marahkah
nak Sedihkah
nak Jerit kah

Ntah La.............

yang pasti kalau budak bertuah ni ada kat depan mata....................... 
tak tau lah apa nasibnya =.=



Kami dah pulang emak buat cucur , mudah saja tambah air . Adun sebati goreng dan sedia . Tepung cucur adabi rasanya . Kami nak lagi , boleh tak cepat ? BOLEHHHHH~ . iye?? Sayang Mak !!

Selamat Hari Emak ;D hikk..



Saturday, May 12, 2012

Kita Sebenarnya

KITA SEBENARNYA..

lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1
Muharram.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12
Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..

lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada
hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..

lebih khusyuk mendengar lagu daripada
mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada
solat.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-
nama nabi dan rasul.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyebut helo atau hai daripada
Assalamualaikum wbt.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyanyi daripada berwirid atau
bertasbih.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka memuji manusia
daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka membaca majalah
daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah
agama.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka memaki,mengumpat orang daripada
mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka mencarut daripada menyebut
MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka kemungkaran daripada berbuat
kebaikan.

KITA SEBENARNYA..

lebih bangga dengan kejahilan kita daripada
bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..

lebih cintakan urusan dunia daripada urusan
akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,

kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

maseh gugel

“wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu… 
kami lah hamba yang mengharap belas darimu …” ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami . kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”

*entri lama yang di publish semula.. sumber FB

Hari-Hari pun Hari Mak



Khas untuk Mak! Nang Kama Binti Nik Ishak. I Love You!















Sunday, May 6, 2012

Sistem PBS

Assalamualaikum.


Seperti yang kita tahu, mulai tahun ini, pelajar-pelajar tingkatan 1 akan diuji mengikuti  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kan. ? 


hampa tau dak ni????


Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk melahirkan modal insan yang bertaraf dunia.  Pentaksiran PBS ini lebih holistik dan memberi penekanan kepada semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek,  berbanding pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, diminta mengambil maklum bahawa pelajar-pelajar tingkatan 1 tidak akan menduduki ujian bulanan,  peperiksaan pertengahan tahun dan  peperiksaan akhir  tahun sebagaimana menjadi kelaziman sebelum  ini. 

 Sebaliknya mereka akan melalui satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Walau bagaimana pun bagi subjek-subjek Diniah, penilaian dan peperiksaan bagi menguji pencapaian pelajar adalah seperti biasa dan tidak termasuk di dalam PBS di atas.

secara jujurnya, CD agak pening dengan sistem yang baru ni. Banyak perkara yang masih tak "clear". Sistem PBS ni bermula pada tahun ni. Jadi, pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tahun ini boleh dikatakan "testimoni" kepada sistem PBS ni.

Murid-murid tidak lagi diberi gred (A,B,C,D) mengikut markah tetapi akan dinilai dan digredkan mengikut band:

BAND 1 - Tahu
BAND 2 - Tahu & faham
BAND 3 - Tahu, faham & boleh buat
BAND 4 - Tahu, faham & boleh buat dgn beradab
BAND 5 - Tahu, faham & boleh buat dgn beradab terpuji
BAND 6 - Tahu, faham & boleh buat dgn beradab mithali

Hampa ada anak atau adik tingkatan 1? 


Lepas ni kalau nak tanya, jangan tanya dapat A ka B ka C ka.  Dah takdak dah semua tu..


semangat melengkapkan fail PBS bagi mata pelajaran sejarah

Sistem ni baik untuk pelajar..dimana mereka tidak lagi dinilai sekadar satu hari peperiksaan, dan pelajar dinilai mengikut kemahiran ..bukan lagi hafalan. 

Pada guru...ya banyak cabaran!!. banyak qeja oiii... ==!

pemenang meja tersemak di bilik guru =.=


CD nak cakap banyak-banyak pun, diri sendiri tak berapa nak faham lagi dengan sistem ni.

nak tau dengan lebih lanjut, cuba pergi baca  SINI 


*dah bejuta taun tak tengok tb.. tb i miss u!!!  T_T




Saturday, May 5, 2012

3 soalan 1 penampaq



Amaran keras!



 Entri ini tiada kaitan CD dengan anak-anak murid =.=




maseh gugel  



Bacalah.. Dan Fikirkan.. =)


Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda
: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai
: Saya akan cuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda
: Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai
: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda
 : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai
: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda
 : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai
: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai
: Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda
: Saya tidak boleh.

Kiyai
 : Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai
: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda
 : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda
 : Tidak.

Kiyai
 : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai
 : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda
 : Kulit.

Kiyai
 : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai
 : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : 
Sakit.

Kiyai
 : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..

Pemuda
 : ...(terdiam...)



*yeah!! huye huye soalan aku semuanya dah siap!! alhamdulillah..






Tuesday, May 1, 2012

Non-Stop!!




TOLONG Baca jangan Malaih sangat! ;P







Bagaimanakah keyakinan dan hubungan kita dengan Allah? Semakin hampir atau sebaliknya?

Bagaimanakah sunah-sunah baginda Nabi Muhammad SAW. Adakah semakin banyak diamalkan atau semakin berkurangan atau Tiada langsung pada diri kita?

Bagaimanakah solat 5 waktu pada hari ini, khusyukkah kita?

Bagaimanakah dengan bacaan Al-Quran kita? Adakah masih belum disentuh? Masih tersimpan rapi di dalam almari? Jika sudah, adakah kita menghayati makna dan maksudnya dengan betul?

Bagaimanakah dengan doa kita? Sudahkah kita meminta keampunan daripada Allah? Ataupun kita sudah berasa hebat tidak perlu lagi untuk meminta?

Bagaimanakah Ingatan kita kepada alam akhirat, adakah semakin meningkat?

Persiapan - terhadap kubur, mahsyar, mizan, sirat, alam-alam yang bakal ditempuh!

Saya Check Diri saya,
Yang lain Check diri masing-masing…





Jangan Biarkan Iman Kita Bercuti okeh!!!
 ^_^

*jom makan megi sesama! ekekeke ;P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...